Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Sistem Pengecasan Fleksibel Oleh Mercedes-Benz

Mercedes-Benz mempunyai Sistem Pengecasan Fleksibel baharu yang boleh digunakan untuk kereta PHEV dan EVnya.

Adakah anda pemilik Mercedes-Benz Plug-in Hybrid Electric Vehicle (PHEV)? Adakah anda bosan dengan selalu menggunakan pelbagai jenis penyambung untuk mengecas kereta anda? Kalau ya, produk ini, untuk anda dan harganya €1225 sebelum cukai dan duti!

Mercedes-Benz baru saja melancarkan Sistem Pengecasan Fleksibel baharu mereka, penyelesaian pengecasan yang merangkumi pelbagai penyesuai untuk jenis soket isi rumah dan industri serta titik pengecasan awam dan kotak dinding. Sambil hujung ‘input’ mempunyai pelbagai jenis soket, kabel ‘output’ atau yang pada kenderaan hanya mempunyai penyambung Type 2 untuk arus AC sehingga 22 kW.

Sistem Pengecasan Fleksibel direka untuk berfungsi dengan semua model PHEV dan EV semasa dan akan datang. Selain kenderaan Mercedes-Benz, ia sebenarnya boleh digunakan untuk mana-mana PHEV Eropah dengan soket Type 2 bersepadu.

Walaupun kadar caj maksimum adalah 22 kW, ia dapat dilaras secara manual jika diperlukan. Ianya direka untuk digunakan di dalam atau di luar rumah.

Beberapa ciri Sistem Pengecasan Fleksibel ini merangkumi:

  • sensor suhu bersepadu untuk perlindungan overheating
  • daya tahan terhadap tekanan sehingga 1.1 tan
  • Perlindungan habuk gred IP67 (tahan debu sepenuhnya) dan ketahanan air (selaman hingga 1m)
  • Integrated residual current circuit breakers
  • Suhu operasi -30°C and +50°C
  • AECQ yang diperakui
  • Panjang kabel 5 meter
  • Jenis Plug
    • Schuko plug (Europe)
    • Switzerland Plug (sold seperately)
    • UK Plug (sold seperately)

Sistem Pengecasan Fleksibel hadir dalam casing berkualiti tinggi dengan ruang penyimpanan untuk semua aksesori. Pakej ini dilengkapi dengan kabel sambungan 5 meter, kunci keselamatan dan pelekap dinding.

Mengenai Serangan EV Akan Datang Mercedes-Benz.

Mercedes-Benz mempunyai strategi untuk memperkenalkan sekurang-kurangnya 8 kenderaan elektrik baharu pada tahun 2022. Ini akan meningkatkan rangkaian EV semasa mereka, yang hanya merangkumi crossover kompak EQA, SUV EQC, van EQV dan limusin EQS. Strategi ini juga akan merangkumi pengenalan lebih banyak model PHEV. Mercedes-Benz mengatakan pada akhir 2021, mereka akan ada sekurang-kurangnya 20 varian kenderaan yang tersedia sebagai Plug-in Hybrid Electric Vehicles.

Previous post

Teaser Honda NSX Type S Yang Akan Datang Pada September 2021

Next post

Scania XT Rigid Digunakan Mansang Untuk Mengangkut Vaksin Covid-19 Ke Daerah Terpencil Sarawak

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *