Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Mercedes-Benz EQC Kini Lebih Murah Tanpa Kit AMG Line Di Eropah

Kereta elektrik sememangnya mahal. Mercedes-Benz mencari cara baharu untuk menambahkan nilai dengan EQC.

Mercedes-Benz EQC tiba di pasaran Eropah tahun lalu dengan harga yang agak tinggi. Batch awal hanya dalam satu varian – EQC 400 4MATIC AMG Line, yang berharga €73,208.802. Dalam usaha untuk menurunkan harga, Mercedes sekarang menawarkan EQC tanpa alatan dalam dan luar AMG Line dengan harga €66,068,80. Jadi, apa sebenarnya yang telah dikeluarkan untuk penjimatan kos ini?

Pada asasnya, ia kenderaan yang sama. Walau bagaimanapun, anda pasti kehilangan sebahagian daripada visual yang dibawa oleh kit badan AMG Line ini. Bahagian depan AMG Line merangkumi gril depan Panel Hitam dengan reka bentuk twin-blade dan bingkai hitam high-gloss. Ini semua hilang pada model asas. Sebagai gantinya, anda mendapat reka bentuk multi-blade dengan krom sekeliling. Bumper AMG yang kelihatan dinamik dengan air curtain dan trim krom telah ditukar dengan bumper yang kelihatan lebih sederhana. Tidak ada krom pada bumper standard ini.

Di tepi, cermin sayap sebenarnya dicat hitam dalam model standard, dengan versi AMG-Line datang dengan cermin sayap yang padan dengan warna badan. Roda 19″ aero optimised AMG 5-twin-spoke light-alloy dalam warna tatalum grey telah ditukar. Ia kini dilengkapi roda 10-spoke dengan sorotan hitam dan biru. Ukuran dan perincian spesifikasi rim ini tidak tersedia dari laman web atau konfigurasi buat masa ini.

Di belakang, apron belakang khusus-AMG kelihatan berbeza sedikit daripada versi model asas. Sejauh yang kami tahu, ia hanya jalur krom yang lebih sederhana di bahagian bawah bumper pada versi AMG-Line.

Di dalam, terdapat beberapa alatan yang hilang pada model asas. Anda akan kehilangan stereng flat-bottom sukan kulit nappa. Tempat duduknya juga lebih sederhana, dengan campuran fabrik dan kulit dan bukannya kulit ARTICO dan gentian mikro DINAMICA pada model AMG-Line. Kemungkinan beberapa ciri dalaman lain seperti topstitching dan trim serat karbon tidak ada, sama seperti pedal sukan brushed stainless steel + rubber studded, floor mat AMG dan pin pintu krom.

Mungkin yang paling membimbangkan ialah peralatan apa yang akan dibuang dalam model standard. Mercedes mengatakan bahawa model AMG Line mempunyai ciri standard berikut:

  • Penutup ruang bagasi EASY-PACK
  • TIREFIT
  • Pakej Lampu Dalaman dengan Pencahayaan Ambien
  • Pakej Tempat Duduk Selesa
  • Pakej Cermin
  • Active Parking Assist dengan PARKTRONIC
  • Kaca thermal dan noise-insulating acoustic
  • Pakej Pakir dengan kamera gostan
  • Sistem bunyi advanced
  • Premium Perkhidmatan Pengecasan Jauh dan Lanjutan

Mercedes-Benz Malaysia ada mengacah kedatangan EQC di Malaysia beberapa tahun yang lalu. Walaupun ia belum menjadi, kami pasti ada pembeli yang menunggu, memandangkan betapa berjayanya Porsche Taycan di sini. Biarkan artikel ini menjadi panduan kasar untuk apa yang boleh anda harapkan, sekiranya anda memutuskan untuk mendapatkan EQC dari pasaran kelabu dalam beberapa tahun … anda mungkin mahu membayar tambahanya untuk model AMG Line, memandangkan segala perubahan ini. Perlu juga diperhatikan bahawa model asas telah dipratonton di sini pada tahun 2019, tetapi spesifikasi akhir tidak disahkan.

Previous post

Triumph Trident 660 Terjah Pasaran Malaysia

Next post

Honda HR-V Generasi Ketiga Didedahkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *