Motosikal / Lain Lain Roda

Triumph Trident 660 Terjah Pasaran Malaysia

Fast Bikes Sdn Bhd, pengedar rasmi motosikal Triumph di Malaysia, telah mengumumkan ketibaan Triumph Trident 660 yang dijual pada harga RM43,900. Syarikat itu berkata bahawa model tersebut akan tiba di semua bilik pameran Triumph bermula 20 Februari dan setakat ini, lebih 50 unit telah ditempah.

Seperti yang tertera pada namanya, Trident 660 dikuasakan oleh enjin 660 cc, tiga silinder serb baharu yang menjana 81 PS @ 10,250 rpm and 64 Nm of torque @ 6,250 rpm. Ia menjanjikan prestasi pecutan yang mengagumkan dengan 90% daripada tork puncaknya tersedia di sepanjang julat rev. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi enam kelajuan dengan klac ‘slipper and assist’.

Trident 660 mempunyai bingkai keluli tiub perimeter yang dipadankan dengan fork terbalik (SFF) Showa 41 mm dan suspensi monoshock dengan pelarasan pramuat. Ia mempunyai berat 185 kg, manakala pelananya berada 805 mm dari tanah. Pelana itu mempunyai busa yang dalam yang direka untuk keselesaan penunggang dan pembonceng, tanpa menjejaskan reka bentuk motosikal.

Sementara itu, sistem brek pula terdiri daripada cakera berkembar berukuran 310 mm dengan angkup dua piston di hadapan, dan cakera tunggal 255 mm dengan angkup satu piston di belakang. ABS dwi-saluran disertakan secara standard. Ia juga didatangkan dengan rim aluminium tempaan 17 inci yang dibalut tayar bersaiz 120/70 di hadapan dan 180/55 di belakang.

Untuk elektronik pula. Trident 660 mempunyai mod tunggangan Road dan Rain, Traction Control yang boleh dinyahaktifkan serta pendikit Ride-by-Wire. Terdapat juga skrin TFT-LCD dengan paparan monokrom berbalik. Dengan menghubungkan telefon mereka kepada skrin menerusi modul My Triumph Connectivity System, penunggang boleh mengakses sistem navigasi, GoPro serta membuat panggilan atau memainkan muzik.

Selai itu, Trident 660 juga dilengkapi dengan lampu LED pada bahagian hadapan dan belakang, serta tangki minyak berkapasiti 14 liter. Model ini boleh didapati dalam dua warna standard iaitu Crystal White dengan perincian Diablo Red dan Jet Black, atau Sapphire Black dengan perincian Aluminium Silver dan Diablo Red.

Selain itu, terdapat juga dua warna premium yang boleh dipilih iaitu Silver Ice/Diablo Red dan Stealthy Matt Jet Black/Matt Silver Ice. Kedua-dua warna ini boleh dipesan dengan kos tambahan sebanyak RM100.

Trident 660 mempunyai selang servis 16,000 km, sekaligus menawarkan kos pemilikan yang rendah. Seperti model-model Triumph yang lain, ia didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun tanpa had perbatuan.

Previous post

Pelancaran Edisi Istimewa Proton Persona, Exora, Iriz, Saga

Next post

Mercedes-Benz EQC Kini Lebih Murah Tanpa Kit AMG Line Di Eropah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *