Berita Auto

Hyundai-Sime Darby Lancar Program Pajakan Grand Starex

Badan-badan korporat, syarikat-syarikat serta individual yang ingin memajak Hyundai Grand Starex kini boleh berbuat demikian menerusi Hyundai Grand Starex Smart Lease Programme yang baru sahaja dilancarkan oleh Hyundai-Sime Darby Motor (HSDM).

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-51

Dijalankan dengan kerjasama Sime Darby Rent A Car (SDRAC), program tersebut menawarkan tempoh pajakan antara tiga hingga lima tahun. Pelanggan boleh merasai pengalaman memiliki kenderaan baharu tanpa perlu risau tentang kos penyelenggaraan, cukai jalan dan insurans, serta nilai jualan semula.

Hyundai Grand Starex

Untuk mendaftar, pelanggan hanya perlu bersetuju dengan kadar bayaran bulanan tetap, serta membuat pembayaran deposit dua bulan dan yuran tempahan RM500.

Program ini ditawarkan untuk kesemua empat varian Grand Starex iaitu Standard Corporate, Executive Plus tanpa kit badan, Executive Plus dengan kit badan dan Executive Prime.

Bayaran bulanan untuk varian Standard Corporate bermula serendah RM2,800 untuk tempoh pajakan lima tahun dengan perbatuan dihadkan kepada 15,000 km setahun. Pelanggan bagaimanapun boleh melanjutkan had perbatuan tahunan kepada 30,000 km atau 40,000 km dengan bayaran bulanan RM3,250 dan RM3,550.

Apabila tempoh pajakan tamat, pelanggan boleh memilih untuk memperbaharui pajakan mereka dengan unit yang baharu. Menurut HSDM, Hyundai Smart Lease Programme menawarkan penjimatan kos kira-kira RM17,000 untuk tempoh pajakan lima tahun.

Hyundai Grand Starex

Mereka yang berminat boleh mengunjungi mana-mana bilik pameran Hyundai di seluruh negara atau mendaftar minat mereka di sini.

Previous post

Bila Memandu Ketika Hujan Lebat Berjaga-Jaga Pemandu Penakut

Next post

UMW Toyota Motor Sambung Semula Operasi Jualan Dan Kilang Pemasangan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *