Cerita Auto

McLaren Elva Sertai Barisan Lego Speed Champions

Pengeluar permainan terkenal Lego telah menambah satu lagi model dalam barisan Speed Champions mereka iaitu McLaren Elva. Diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, Elva merupakan jentera roadster dua tempat duduk yang tersangat eksklusif, dengan pengeluaran terhad kepada 149 unit sahaja.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-11

Dengan harga bermula dari $1.7 juta (RM7 juta) seunit, model Ultimate Series itu juga merupakan antara model keluaran McLaren termahal pernah dihasilkan. Set Speed Champions terbaharu ini sesuai untuk gologan marhaen ingin memiliki Elva kerana ia dijual pada harga yang jauh lebih murah iaitu £17.99 (kira-kira RM105).

Sesuai untuk kanak-kanak berusia 7 tahun ke atas, Elva dari set Speed Champions ini mempunyai ukuran dimensi 4 cm tinggi, 16 cm panjang dan 7 cm lebar. Ia mengandungi 263 kepingan Lego, termasuk figura mini lengkap dengan sut perlumbaan, topi keledar dan sepana.

Apa yang menarik, figura tersebut diinspirasikan oleh jurutera pembangunan utama untuk model Ultimate Series iaitu Rachel Brown. Selain Elva, beliau juga terlibat dalam proses reka bentuk dan pembangunan Senna GTR serta set Lego Technic Senna GTR yang diperkenalkan pada November tahun lalu.

Previous post

Maxus MIFA Concept Adalah Sebuah MPV EV Yang Ada Banyak Power

Next post

Pemegang Hyundai Loyalty Card Dapat Diskaun Ekst Untuk Alat Ganti Dan Kos Buruh

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *