Promosi / Tawaran / Peraduan

Pemegang Hyundai Loyalty Card Dapat Diskaun Ekstra Untuk Alat Ganti Dan Kos Buruh

Pemegang Hyundai Loyalty Card yang menghantar kenderaan mereka untuk penyelenggaraan di mana-mana pusat servis bertauliah Hyundai akan menikmati diskaun 25 peratus ke atas alat ganti terpilih dan 15 peratus ke atas kos buruh, 10 dan 5 peratus lebih tinggi berbanding apa yang diberikan kepada pelanggan yang bukan pemegang kad itu.

Promosi ini merupakan sebahagian daripada kempen servis pertengahan tahun Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) yang berlangsung mulai 1 Jun hingga 31 Julai 2021. Syarikat itu menawarkan diskaun ke atas alat-alat ganti terpiliha seperti gasket, penapis minyak, penapis udara, palam pencucuh dan banyak lagi.

Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung berkata bahawa kempen servis Hyundai dianjurkan dua hingga tiga kali setahun bagi tujuan menggalakkan pemilik menjaga kenderaan mereka secara berkala.

“Tahun ini, kami menawarkan lebih nilai kepada pelanggan kami bersempena dengan pelancaran Hyundai Loyalty Card yang membolehkan mereka menikmati lebih banyak diskaun”, tambah beliau.

Loyalty Card diberikan dengan setiap pembelian mana-mana model Hyundai. Selain promosi bulanan yang eksklusif, pemegang juga akan menikmati diskaun 20 peratus untuk produk-produk KLIMA Fresh dan BlueChem (bulan April dan Mei sahaja), diskaun untuk perkhidmatan selepas jualan semasa bulan hari lahir, diskaun untuk barangan Hyundai serta nilai tukar beli yang lebih tinggi apabila mereka membeli kereta Hyundai baharu.

Pelanggan sedia ada boleh mendapatkan Hyundai Loyalty Card mereka secara percuma di mana-mana pusat servis Hyundai yang bertauliah di seluruh negara.

Previous post

McLaren Elva Sertai Barisan Lego Speed Champions

Next post

Great Wall Motor Membeli Dan Menaiktaraf Bekas Kilang General Motors di Thailand

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *