Berita Auto

McLaren Senna GTR Kini Dalam Versi Lego Technic

Memiliki McLaren Senna GTR adalah sesuatu yang mustahil bagi kebanyakan orang kerana ia bukan sahaja mahal (harga untuk seunit dikatakan bermula dari $1.7 juta atau kira-kira RM7 juta) malah pengeluarannya juga terhad kepada 75 unit sahaja.

Walaupun begitu, anda masih berpeluang untuk memiliki jentera istimewa itu, cuma ianya dalam bentuk Lego Technic. Unit yang dihasilkan juga tidak terhad, bermakna anda boleh beli seberapa banyak yang anda mahu.

Menurut Lego, replika ini mengandungi sebanyak 830 kepingan dengan ukuran panjang 32 cm apabila siap dipasang. Ia mengandungi pelbagai perincian yang menarik seperti piston enjin V8 yang bergerak, pintu dihedral yang boleh dibuka serta livery biru seperti yang ditampilkan oleh model sebenar.

Direka untuk golongan berumur 10 tahun dan ke atas, set permainan Senna GTR Lego Technic akan dilancarkan di peringkat global pada 1 Januari 2021 dengan harga $49.99 (RM204).

Ini merupakan kali pertama supercar keluaran McLaren dijelmakan kepada Lego Technic. Bagaimanapun, pada tahun lalu, Lego menghasilkan replika McLaren Senna bersaiz sebenar dengan menggunakan 467,854 kepingan Lego.

Previous post

Bugatti Chiron Sport “Les Légendes du Ciel” Ambil Inspirasi Dunia Penerbangan

Next post

BMW Group Financial Services Lancar Khidmat Perbaharui Insurans i-Renewal

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *