Berita Auto

Porsche Perhebat Program Personalisasi Mereka

Setiap pengeluar kenderaan mewah di luar sana mempunyai perkhidmatan personalisasi mereka sendiri bagi memenuhi permintaan pelanggan sekiranya mereka inginkan sesuatu yang lebih eksklusif. Porsche, bagaimanapun, lebih menonjol berbanding pesaing-pesaing mereka kerana mempunyai bukan satu, bukan dua, tetapi tiga divisyen berasingan iaitu Porsche Exclusive Manufaktur, Porsche Tequipment dan Porsche Classic.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-42

Dalam perkembangan terbaharu, Porsche telah mengumumkan bahawa mereka akan memperkembangkan ketiga-tiga divisyen tersebut dengan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas. Ini termasuklah menghasilkan kereta-kereta ‘one-off’ di bawah strategi Co-Creation, yang merupakan kesinambungan kepada program Sonderwunsch (permintaan istimewa) yang popular ketika era lewat 70an.

Divisyen Exclusive Manufaktur kini mempunyai lebih banyak pilihan produk yang boleh dipersonalisasikan, termasuk balutan untuk bahagian luaran, nombor individu, cetakan pada karpet lantai, ambang pintu bercahaya dan projektor logo pada pintu.

Dengan menggunakan Porsche Car Configurator, pelanggan juga boleh memilih pelbagai jenis warna, logo, tulisan dan teks, serta pelekat pada bahagian tertentu dan warna individu untuk rim.

Bukan itu sahaja, Porsche juga akan menawarkan pelbagai komponen baharu di bawah nama “Performance Parts” untuk model-model baharu, terpakai dan klasik. Rangkaian produk Porsche Tequipment pula disasarkan khas untuk golongan pemilik yang merupakan peminat tegar sukan permotoran dan pelumba amatur.

Akhir sekali, Porsche Classic bukan sahaja akan memfokuskan kepada menambah baik prestasi dan kebolehgunaan model-model klasik menerusi alat ganti dan produk gaya hidup baharu, malah juga akan menawarkan program kustom off-road untuk Cayenne seperti yang ditunjukkan menerusi dua unit model generasi pertama ini.

Previous post

Lamborghini Bakal Hasilkan Model PHEV Dan EV

Next post

Mercedes-AMG SL Akan Hadir Dengan Kerangka Aluminium Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *