Hibrid & Elektrik

Lamborghini Bakal Hasilkan Model PHEV Dan EV

Lamborghini, pengeluar supercar yang terkenal dengan enjin V8, V10 dan V12 yang mengujakan, telah mengumumkan bahawa ia akan memperkenalkan kenderaan hibrid plug-in (PHEV) dan kenderaan bateri elektrik (BEV) dalam barisan modelnya dalam masa beberapa tahun lagi.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-41

Dalam satu pembentangan pelan syarikat yang bertajuk “Direzione Cor Tauri” (Towards Cor Tauri), CEO Lamborghini Stephan Winkelmann berkata bahawa kereta produksi siri hibrid pertama mereka akan dilancarkan pada 2023, dan menjelang 2024, keseluruhan rangkaian modelnya akan dielektrifikasikan.

Jika anda masih ingat, Lamborghini melancarkan Sian pada September 2019 sebagai jentera hibrid pertama syarikat itu, namun oleh kerana jumlah yang dihasilkan sangat kecil, jentera itu tidak boleh diklasifikasikan sebagai kereta produksi siri.

Berbalik kepada model hibrid yang akan datang itu, prestasi dan pengalaman pemanduan akan kekal sebagai fokus utama Lamborghini dalam pembangunannya, manakala material gentian karbon juga akan digunakan secara meluas bagi mencapai berat yang seimbang. Syarikat itu juga mensasarkan untuk mengurangkan emisi CO2 sebanyak 50 peratus menjelang 2025.

Bagi merealisasikan aspirasi ini, Lamborghini akan memperuntukkan pelaburan sebanyak 1.5 billion euro dalam tempoh empat tahun, iaitu jumlah pelaburan yang tertinggi dalam sejarahnya.

Sementara itu, kereta elektrik pertama syarikat itu akan diperkenalkan pada suku kedua abad ini. Maklumat lanjut mengenai model EV ini masih belum didedahkan, namun menurut Lamborghini, ia akan hadir sebagai model keempat dalam barisannya.

Bagaimanapun, bagi meraikan model-model berenjin pembakaran dalamannnya yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan syarikat sejak 15 tahun yang lalu, Winkelmann mengesahkan bahawa dua model V12 akan diperkenalkan pada tahun ini. Jangkaan kami, ia akan ditawarkan dalam bilangan yang terhad.

Previous post

Peringatan: Jangan Memandu Crossover Meredah Air Banjir

Next post

Porsche Perhebat Program Personalisasi Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *