Berita Auto

Porsche Perkenal Kotak Bumbung Performance Untuk Taycan

Pemilik Porsche Taycan yang gemarkan aktiviti luar kini boleh mendapatkan kotak bumbung Performance dari divisyen Tequipment jenama itu.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-20

Direka dengan kerjasama Studio F.A. Porsche, kotak bumbung tersebut telah melalui fasa ujian dan percubaan yang komprehensif bersama dengan Taycan Cross Turismo – pada kelajuan sehingga 200 km/j. Selain di litar lumba, ketahanannya turut diuji di pusat pembangunan Porsche di Weissach.

Menurut Porsche, reka bentuknya dihasilkan mengikut prinsip ‘bentuk mengikut fungsi’ (form follows function), bermula dengan model tanah liat berskala 1:1 yang kemudiannya dimasukkan ke dalam terowong angin untuk pengoptimuman aerodinamik.

Kotak bumbung itu mempunyai kapasiti muatan maksimum 480 liter dan boleh menampung berat sehingga 75 kg. Apa yang menarik, ia boleh dipasang di atas semua sistem tapak pengangkut bumbung dengan menggunakan sistem ‘quick fastening’. Selain itu, ia juga boleh dibuka dari kedua-dua belah kiri dan kanan untuk akses lebih mudah.

Seperti jentera-jentera Porsche, aksesori ini boleh dikustomkan mengikut citarasa pelanggan. Ia ditawarkan dalam tiga warna asas iaitu Dolomite Silver Metallic, Carrara White Metallic dan Volcano Grey Metallic, namun pelanggan boleh memilih warna yang sama dengan kereta mereka atau apa-apa warna sahaja dengan bayaran tambahan.

Selain Taycan dan Taycan Cross Turismo, ia juga akan ditawarkan untuk model-model Porsche yang lain pada masa akan datang.

Previous post

Perodua Aruz Diperbaharui Untuk 2021

Next post

Ferrari Portofino Terima Talaan Mansory

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *