Berita Auto

Macan S Terima Sentuhan Porsche Exclusive Manufaktur

Hampir setiap pengeluar kenderaan mewah kini mempunyai divisyen khas yang menyediakan perkhidmatan custom bagi pelanggan yang inginkan kelainan. Jaguar Land Rover mempunyai Special Vehicle Operations (SVO), McLaren mempunyai McLaren Special Operations (MSO) manakala Porsche pula mempunyai Porsche Exclusive Manufaktur.

BHP-Infiniti-Thematic_Web-Banner_DSF_ENG_650x85_FA

Setelah memperkenalkan Macan Turbo Exclusive Performance Edition dan 911 Turbo S Exclusive Series pada 2017, Porsche Exclusive Manufaktur kini kembali dengan tawaran terbaru yang berasaskan Macan S 2019.

2019-macan-s-by-porsche-exclusive-manufaktur-2

Didatangkan dalam warna Volcano Grey Metallic, model ini didatangkan dengan pakej SportDesign yang merangkumi bahagian hadapan yang sedikit berlainan, panel sisi serta diffuser yang lebih sporty. Bagi menjadikan ia lebih eksklusif, Porsche turut memberikan rim 20 inci dengan rekaan double spoke seperti model Turbo, serta kemasan hitam berkilat pada pemegang pintu dan muncung ekzos.

2019-macan-s-by-porsche-exclusive-manufaktur-4

Bahagian dalaman SUV ini tidak kurang hebatnya, dengan upholsteri kulit dua tona (Black dan Mojave Beige) serta kemasan kulit pada konsol kerusi, kolum stereng dan karpet kaki. Selain itu, pelanggan juga boleh mendapatkan logo Porsche pada perehat tangan dan perehat kepala yang dicetak menggunakan teknik emboss atau pakej kemasan kayu Anthracite Chestnut.

2019-macan-s-by-porsche-exclusive-manufaktur-5

Bahagian enjin tidak disentuh, bermakna model ini masih mengekalkan enjin turbo 3.0-liter V6 yang menjana 354 PS dan 480 Nm. Ini membolehkannya memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 5.3 saat dengan kelajuan maksimum 254 km/j.

 

Previous post

Ahli Kelab MSVCR & PCD Dapat Layanan Istimewa Dari Bos Subaru Ipoh

Next post

5 Sebab Mengapa Kaki Motor Suka Dalaman Kereta Lama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *