Berita Auto

Mercedes-AMG SL Akan Hadir Dengan Kerangka Aluminium Baharu

Mercedes-AMG telah mendedahkan gambar kerangka SL generasi baharu yang kini sedang menjalani fasa pembangunan. Menurut pengeluar itu, casis aluminium komposit ini direka khusus dengan fokus kepada dinamik pemanduan, tahap keselesaan yang tinggi, pempakejan yang optimal serta bentuk badan yang sporty.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-44

Seperti casis model SL pertama yang dikeluarkan pada 1952, kerangka ini direka sepenuhnya dari mula dan tidak ada satu pun komponen yang diambil daripada model SL terdahulu ataupun AMG GT Roadster.

Buat pertama kalinya, casis SL direka untuk menampung konfigurasi tempat duduk 2+2 dan sistem pacuan yang pelbagai, sekaligus memberikan cabaran baharu kepada Mercedes-AMG dari segi kerumitan. Bagi memastikan ia mempunyai tahap ketegaran yang tinggi dan berat yang ideal, kerangka ini dibina dengan menggunakan gabungan aluminium, keluli, magnesium dan gentian komposit.

Mercedes-AMG SL

Selain itu, Mercedes-AMG turut menggunakan ‘thrust panel’ aluminium pada bahagian bawah serta topang pada bahagian hadapan dan belakang. Bingkai cermin penghadang angin yang diperbuat daripada tibu keluli berkekuatan tinggi dan sistem perlindungan pada bahagian belakang tempat duduk bertindak sebagai pelindung sekiranya kereta terbalik dalam kemalangan.

Jika dibandingkan dengan SL yang terdahulu, kekakuan kilasan (torsional stiffness) kerangka baharu ini meningkat sebanyak 18%. Sementara itu, kekakuan melintang (transverse rigidity) dan kekakuan membujur (longitudinal rigidity) masing-masing 50% dan 40% lebih tinggi berbanding AMG GT Roadster. Berat kerangka ini (tidak termasuk pintu, bonet dan but, serta komponen-komponen tambahan) adalah sekitar 270 kg.

Dengan sasaran untuk mendapatkan pusat graviti serendah mungkin, titik sambungan untuk enjin dan pacuan serta gandar diletakkan pada kedudukan yang rendah. Teknik sambungan yang digunakan termasuklah kimpalan MIG, kimpalan laser, ‘punch riveting’, ‘blind riveting’, pematerian MIG, gam dan ‘flow hole bolts’. Sudah tentu, kerangka yang dibangunkan oleh Mercedes-AMG ini memenuhi piawaian perlanggaran yang ditetapkan oleh syarikat itu.

SL baharu akan dikeluarkan di kilang Mercedes-Benz di Bremen, Jerman, iaitu lokasi yang sama di mana model SL terdahulu dipasang.

Previous post

Porsche Perhebat Program Personalisasi Mereka

Next post

Allianz Malaysia Mengumumkan Keputusan Kewangan Untuk S1 2021

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *