Berita Auto

Mercedes-AMG GLS 63 S Dan GLE 63 S Terima Sentuhan Brabus

Adil jika dikatakan bahawa adalah Brabus adalah nama yang paling dipercayai sekiranya seseorang itu ingin menaik taraf jentera Mercedes-Benz atau Mercedes-AMG mereka. Ini kerana banyak kenderaan jenama itu telah menerima sentuhan Brabus dan kini, syarikat talaan dari Bottrop, Jerman itu telah menambah dua lagi model dalam portfolionya iaitu GLS 63 S 4MATIC+ dan GLE 63 S 4MATIC+.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-48

Di atas kertas, GLS 63 S dan GLE 63 S mempunyai spesifikasi teknikal yang sama iaitu enjin 4.0-liter biturbo V8 yang menjana 604 hp dan 850 Nm. Dengan kit PowerXtra B40S-800, Brabus berjaya meningkatkan kuasa yang dihasilkan oleh enjin itu kepada 800 hp dan 1,000 Nm.

Bagaimanapun, saiz dilihat menjadi perbezaan utama antara kedua-dua model ini, di mana GLS 63 S yang lebih besar memerlukan 3.8 saat untuk memecut dari 0 hingga 100 km/j, manakala GLE 63 S melakukannya dalam 3.4 saat. Kelajuan maksimum bagi kedua-duanya dihadkan secara elektronik pada 280 km/j.

Dari segi penggayaan, Brabus menawarkan pelbagai jenis naik taraf, dari komponen gentian karbon, jalur merah pada jeriji, muncung ekzos titanium atau gentian karbon, hinggalah rim berukuran 24 inci. Sistem suspensi udara Airmatic pada kedua-duanya turut ditala bagi mengurangkan ketinggian sebanyak 25 mm.

Pelanggan Brabus bebas memilih apa sahaja kemasan, trim dan upholsteri untuk bahagian dalaman dan kedua-dua SUV berprestasi tinggi ini tidak terkecuali.

Previous post

Berapa Banyak Hibrid Plugin Yang Akan Dijual Di Eropah Menjelang 2025

Next post

Saksikan Perlumbaan Drag Antara Bugatti Chiron Sport Dan Jet Pejuang Dassault Rafale

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *