Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati Hypermotard 950 Ditambahbaik Untuk 2022

Ducati Hypermotard 950 mungkin tidak sepopular Panigale, namun reka bentuk ‘motard’ yang dibawa olehnya ternyata mampu menarik perhatian sebilangan kecil peminat motosikal. Untuk model tahun 2022, jentera itu menerima beberapa penambahbaikan yang meliputi aspek teknikal dan penggayaan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-47

Barisan Hypermotard 950 merangkumi tiga varian iaitu Hypermotard 950, Hypermotard 950 RVE dan Hypermotard 950 SP. Ketiga-tiganya dikuasakan oleh enjin Testastretta silinder L-berkembar bersesaran 937 cc yang kini mematuhi piawaian emisi Euro 5 yang lebih ketat. Walaupun begitu, jumlah kuasa yang dihasilkan adalah sama seperti sebelum ini 114 hp pada 9,000 rpm dan 98 Nm pada 7,250 rpm.

Seperti Monster dan SuperSport 950, transmisi enam kelajuan pada model ini telah ditambah baik bagi membolehkan penunggang memilih gear neutral dengan lebih mudah ketika berhenti. Penambahan beban pada spring tuil gear juga menjadikan pemilihan gear lebih tepat berbanding sebelum ini.

Dari segi penampilan, Hypermotard 950 SP kini mendapat livery merah, putih dan hitam yang diinspirasikan oleh jentera MotoGP. Dilengkapi dengan suspensi Öhlins, rim tempaan Marchesini dan Ducati Quick Shift (DQS) Up and Down EVO, SP merupakan varian tertinggi dalam barisannya.

Previous post

Jentera F1 McLaren MP4-25A Lewis Hamilton Bakal Dilelong

Next post

Berapa Banyak Hibrid Plugin Yang Akan Dijual Di Eropah Menjelang 2025

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *