Berita Auto

Jentera F1 McLaren MP4-25A Lewis Hamilton Bakal Dilelong

Jentera Formula 1 McLaren MP4-25A yang dipandu oleh Lewis Hamilton dalam kemenangannya di Grand Prix Turki 2010 akan dilelong oleh RM Sotheby’s pada 17 Julai ini di Gran Prix British di Litar Sivlerstone.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-47

Apa yang menarik, ini merupakan jentera F1 pertama yang pernah dipandu oleh Lewis Hamilton yang akan ditawarkan kepada orang awam. Bagi meraikan peristiwa yang boleh dianggap bersejarah ini, kereta lumba itu akan membuat pusingan di litar tersebut semasa sesi bidaan berlangsung.

RM Sotheby’s menjangkakan yang kereta itu mampu dijual pada harga antara $5 hingga $7 juta. Ini kerana ia masih berada dalam keadaan yang baik dan masih boleh dipandu di litar, serta dipercayai hanya beberapa unit MP4-25A yang ‘dilepaskan’ oleh McLaren untuk pemilikan persendirian.

Diperkenalkan pada Januari 2010, MP4-25A dikuasakan oleh enjin FO 108X 2.4-liter V8 yang dibekalkan oleh Mercedes-Benz. Salah satu kelebihan jentera ini adalah F-duct yang bertindak untuk mengalirkan udara dari dalam kokpit ke bahagian belakang kereta bagi mengurangkan daya seretan aerodinamik. Ciri ini memberikan kelajuan tambahan sebanyak 9.7 km/j pada laluan lurus.

Hamilton memulakan karier F1-nya pada 2007 di Melbourne, Australia. Sejak itu, beliau telah bertanding dalam 270 perlumbaan Grand Prix dan telah merangkul sebanyak 98 kemenangan, 71 podium dan 100 petak pertama. Beliau mempunyai tujuh gelaran juara dunia, menyamai rekod lagenda F1 iaitu Michael Schumacher.

Previous post

Tata Motors Mencatat Kerugian USD1 Billion Kerana Kos Jaguar Melonjak

Next post

Ducati Hypermotard 950 Ditambahbaik Untuk 2022

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *