Cerita Auto

Tokyo Motor Show 2021 Batal

Persatuan Pengeluar Automobil Jepun (JAMA) telah mengumumkan pembatalan acara Tokyo Motor Show 2021 berikutan pandemik COVID-19 yang masih berterusan.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-12

Bercakap kepada Automotive News, pengerusi JAMA Akio Toyoda berkata, “Tokyo Motor Show mempamerkan motosikal, kereta mini, kenderaan besar, kereta penumpang serta pelbagai kenderaan mobiliti dari industri lain.”

“Oleh itu, keutamaan kami adalah supaya pengunjung boleh mengalami kenderaan-kenderaan ini di dunia nyata, dan kami lebih suka mengadakan acara di dunia nyata, dan bukannya secara maya. Jadi, kami mengambil keputusan untuk membatalkan acara tersebut.”

Sejak ia diadakan buat kali pertama pada 1954, Tokyo Motor Show tidak pernah dibatalkan. Kali terakhir pameran automotif dwitahunan itu diadakan adalah pada 2019 dan bagi edisi tahun ini, ia sepatutnya berlangsung pada 20 dan 21 Oktober.

Ini bukanlah kali pertama pameran automotif terjejas akibat pandemik. Tahun lalu, Geneva Motor Show juga terpaksa dibatalkan manakala Los Angeles Auto Show dan New York Auto Show ditangguhkan.

Menurut laporan, JAMA merancang untuk menjenamakan semula Tokyo Motor Show kepada Tokyo Mobility Show apabila acara itu kembali sama ada pada 2022 atau 2023.

Previous post

Mazda CX-30 Dilancarkan Di China Dengan Pacuan Elektrik Penuh

Next post

Toyota Corolla Cross 1.8G CBU Sold Out

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *