Berita Auto

UMW Toyota Motor Sambung Semula Aktiviti Perniagaan

Pembetulan: artikel ini asalnya menyatakan yang UMW Toyota akan mengkaji semula sasaran jualannya untuk 2021, namun ia telah dibetulkan.

Dengan penyambungan semula aktiviti perniagaan dalam sektor automotif dan industri-industri lain, UMW Toyota Motor untuk keadaan kembali normal. Penutupan pusat jualan di seluruh negara memberikan impak kepada perniagaannya, terutamanya dari segi tempahan dan jualan pada Jun, Julai dan Ogos. Walau bagaimanapun, syarikat itu akan kekal dengan sasaran jualannya untuk tahun 2021.

Presiden UMW Toyota Motor, Ravindran. K. berkata syarikat telah memastikan semua kakitangan menerima suntikan vaksin bagi membolehkan mereka kembali meneruskan aktiviti perniagaan dengan selamat.

Tambah beliau, jualan kenderaan baharu Toyota dan Lexus pada Ogos adalah 2,524 unit, iaitu 56 peratus lebih rendah berbanding bulan yang sama tahun lalu. Bagaimanapun, jika dibandingkan dengan lapan bulan pertama tahun ini dengan tahun lalu, jumlah jualan keseluruhan Toyota dan Lexus untuk 2021 adalah lebih tinggi iaitu 38,085 unit berbanding 31,734 unit untuk 2020.

Toyota-Cut-Production-Toyota-Factory-Vios-2.0

Menurut Ravindran, ini disebabkan oleh momentum jualan yang bermula pada tahun lalu, terutamanya dengan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Promosi Menarik

Untuk bulan September, pelanggan dapat menikmati ansuran bulanan terendah untuk Toyota Yaris dari RM493 dengan EZ Beli, manakala mereka yang membeli RAV4 akan menerima rebat tunai bernilai sehingga RM10,000. Semua model menikmati pengecualian cukai jualan sehingga akhir tahun ini, dan pelanggan boleh berjimat sehingga RM17,931 untuk Toyota Alphard menerusi pengecualian ini.

Ravindran memberi jaminan bahawa yang kesemua pusat jualan dan servis serta kakitangan mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Pelawat dikehendaki untuk mengimbas suhu dan mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera, selain menggunakan cecair pembasmi kuman dan pelitup muka sepanjang masa.

Aktiviti pengeluaran di kedua-dua kilang UMW Toyota Motor di Selangor telah bersambung semula. Walaupun terdapat tunggakan pesanan yang kecil disebabkan oleh penutupan sebelum ini, syarikat itu menjangkakan dapat menyerahkan kenderaan baharu kepada pelanggan dalam tempoh masa yang munasabah.

“Ia adalah waktu yang mencabar untuk semua dan kami telah melakukan yang terbaik untuk membantu pelanggan dengan mengekalkan saluran komunikasi untuk digunakan oleh mereka jika terdapat masalah dengan kenderaan Toyota atau Lexus mereka. Dengan aktiviti yang telah disambung semula, kami berharap mmereka akan terus mendapatkan khidmat penyelenggaraan,” kata Akio Takeyama, Naib Pengerusi UMW Toyota Motor.

Previous post

Lexus RC F Kekal Dengan Fuji Speedway Edition Untuk 2022

Next post

Modenas Dominar D400 Dinaik Taraf - RM13,997

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *