Berita Auto

BWM M3 Dan M4 Competition Kini Dalam Versi xDrive

Selepas hanya beberapa bulan M3 dan M4 memasuki pasaran, BMW kini menambah pula versi xDrive bagi varian-varian Competition. Apa yang menarik, ini merupakan kali pertama kedua-dua model itu dilengkapi dengan sistem pacuan semua roda (AWD).

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-3

Sama seperti M3 Competition dan M4 Competition pacuan roda belakang (RWD), versi-versi xDrive ini dikuasakan oleh enjin 3.0-liter twin-turbo enam silinder yang menghasilkan 510 PS dan 650 Nm. Dengan transmisi M Steptronic lapan kelajuan, ia boleh melakukan pecutan 0-100 km/j dalam 3.5 saat, iaitu 0.4 saat lebih pantas berbanding versi RWD.

Kelajuan maksimum dihadkan secara elektronik pada 250 km/j, namun dengan penambahan pakej M Performance Package, pemandu boleh mencapai kelajuan 290 km/j.

Walaupun tiada penawaran transmisi manual seperti varian standard, M3 dan M4 Competition xDrive menjanjikan prestasi pemanduan yang mengujakan menerusi tiga mod sistem xDrive iaitu 4WD, 4WD Sport dan 2WD. 4WD merupakan mod default yang lebih cenderung untuk menyalurkan tork ke roda belakang.

Sementara itu, mod 4WD Sport menyaksikan lebih banyak tork disalurkan ke roda belakang untuk pengendalian yang lebih lincah yang lebih sesuai di litar lumba. Dalam mod 2WD pula, hanya roda belakang dipacu bagi membolehkan jentera ini melakukan aksi drift. Bagaimanapun, pemandu perlu mematikan Stability Control dan Traction Control untuk mengaktifkan mod ini.

Walaupun berkongsi rim berukuran 19 inci di hadapan dan 20 inci di belakang seperti varian-varian RWD, geometri sistem suspensi pada M3 dan M4 Competition xDrive telah direka semula manakala nisbah stereng telah diubah dari 15.0:1 kepada 14.6:1 bagi tujuan menampung kehadiran sistem xDrive.

Previous post

Jualan Runcit Global Mercedes-Benz Meningkat 21.8 Peratus Suku Pertama

Next post

Crossover Elektrik Toyota bZ4X Diperkenalkan Di Auto Shanghai

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *