Berita AutoSenarai Harga

Harga Sebulan Perodua Ativa AV Kurang Dari RM800 Sebulan

Ativa AV memang berbaloi memandangkan tahap peralatan yang ditawarkannya.

Anda sudah mengidamkan Perodua Ativa ini sejak dilancarkan. Anda baharu sahaja habis membayar pinjaman untuk Myvi anda dan dengan anak pertama anda yang akan tiba dalam beberapa bulan lagi, anda berfikir sudah tiba masanya untuk menaik taraf kepada kenderaan yang lebih besar dan lebih praktikal.

Dengan andaian anda mempunyai bajet sekitar RM70,000, Ativa AV dengan spesifikasi teratas tampil sebagai pilihan yang sangat menarik dengan harga yang bermula dari RM71,200. Betul, ini sedikit melebihi anggaran awal tetapi sebagai ketua rumah, anda ingin memberikan yang terbaik untuk keluarga kecil anda. Selain itu, RM1,200 tidak akan membuat perbezaan besar dalam ansuran bulanan, terutama sekali apabila ia ditarik sehingga sembilan tahun.

Anda sekarang berada di bilik pameran, melihat dengan lebih dekat bintang baharu ini. Pilihan Pearl Delima Red dua tona dengan bumbung hitam benar-benar menarik perhatian anda, itu kena tambah RM800. Sekarang kerana anda mempunyai skema warna yang menonjol, mengapa tidak mengeluarkan sedikit lagi wang untuk bodykit GearUp yang sepadan? Itu akan menambahkan RM2,785 lagi kepada kos keseluruhan.

Ativa-AV-Front-Right-2-2.0
Ativa-AV-Back-Right-2-3.0

Dengan RM2,031.29 untuk insuran, yang menjadikan jumlah keseluruhan menjadi RM76,816.29. Bayaran pendahuluan lebih sedikit dari 10% (RM7,716.29) bermaksud anda tinggal dengan RM69,100 untuk dipinjam dari bank. Dengan kadar faedah tetap 2.35% (kebiasaan untuk pinjaman kereta semasa) dan tempoh pinjaman sembilan tahun atau 108 bulan, ansuran bulanan anda mencapai RM776.

Sudah tentu, ada kos lain yang perlu anda pertimbangkan semasa membeli kereta baharu seperti petrol, penyelenggaraan, insuran dan cukai jalan, tol dan banyak lagi. Oleh kerana Ativa dikuasakan enjin turbocharged dan CVT, kos penyelenggaraan perkhidmatan pasti lebih besar daripada model Perodua yang lain. Selain itu, penggantian tayar 17 inci akan berharga dua kali ganda daripada harga tayar 14 inci Myvi anda. Jadi, dengan segala pertimbangan, adalah bijak untuk menyimpan sejumlah wang setiap bulan.

Ativa-AV-Front-Cockpit-4.0
Ativa-AV-Front-Seats-5.0

Setakat ini, anda mungkin berfikir dengan hampir RM800 sebulan, lebih baik anda membawa pulang Honda City atau Toyota Vios yang baharu. Namun, jangan lupa bahawa kedua sedan Jepun itu tidak memiliki tahap keselamatan yang sama dengan Ativa. Bahkan Proton X50 (varian Standard, yang berharga RM79,200) kalah kepada Perodua dari segi ciri keselamatan.

Bergantung kepada berapa gaji sebulan anda, RM776 tambahan sedikit untuk kos lain nampak macam ok jer untuk crossover kompak yang sangat lengkap dengan berasaskan Jepun ini.

Ativa AV Repayment - 6.0

Previous post

Proton Tidak Mendapat Manfaat Dari Kejayaan Elektrifikasi Geely

Next post

MINI JCW Convertible Terungkap

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *