Cerita Auto

Toyota Vios, Yaris Facelift Dilancarkan Secara Rasmi

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) kini mengumumkan pelancaran bagi model Vios dan Yaris facelift. Kedua-dua model ini menerima sambutan hangat sejak diperkenalkan pada 2019, dengan lebih daripada 40,000 unit Vios dan 20,000 unit Yaris telah diserahkan kepada pelanggan di seluruh negara.

Seperti sebelum ini, tiga varian ditawarkan bagi Vios dan Yaris iaitu 1.5J 1.5E dan 1.5G. Harga adalah seperti berikut:

Vios

  • Vios 1.5J – RM74,623
  • Vios 1.5E – RM82,593
  • Vios 1.5G – RM87,584

Yaris

  • Yaris 1.5J – RM70,940.00
  • Yaris 1.5E – RM80,380.00
  • Yaris 1.5G – RM84,808.00

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, model facelift ini tampil dengan perubahan kosmetik serta beberapa kelengkapan baharu termasuk ciri keselamatan Toyota Safety Sense.

Dari segi reka bentuk, kedua-dua model mendapat rekaan gril baharu dan bampar yang menjadikan kereta kelihatan lebih lebar, di samping lampu LED ‘triple bezel’ dan lampu nyalaan siang LED. Rim aloi (saiz bergantung kepada varian) kini tampil dengan imej lebih sporty.

Ruang kabin pula kekal elegan dengan meter Optitron pada semua varian kecuali 1.5J dan paparan MID dengan skrin TFT berukuran 4.2 inci di tengah-tengah panel instrumen. Tidak ketinggalan ialah stereng dan tombol gear balutan kulit, dengan kawasan sekitar panel instrumen digelapkan.

Sistem infotainmen pula terdiri daripada paparan 7.2-inci dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto bagi membolehkan pemandu menggunakan aplikasi seperti Waze, Spotify, Google Maps dan pelbagai lagi. Turut disertakan adalah sistem telematik kenderaan (VTS) yang menggunakan GPS/GSM untuk menjejak lokasi kenderaan pada setiap masa sekiranya ia dicuri.

Toyota Safety Sense (TSS) yang terdapat pada varian 1.5E dan 1.5G menampilkan Sistem Pra-Perlanggaran (PCS) dan Amaran Penukaran Lorong (LDA) yang boleh dinyahaktifkan.

PCS akan memaklumkan pemandu sekiranya terdapat kenderaan lain dalam jarak perlanggaran dan membantu memperlahankan kenderaan sebagai sokongan tambahan.

LDA pula diaktifkan dari kelajuan 50 km/j dan ke atas, dan akan memaklumkan pemandu sekiranya berlaku pertukaran lorong yang tidak diingini dengan memberikan amaran visual pada paparan MID serta bunyi “beep”.

Ciri lain yang turut disediakan adalah Peninjau Pemandangan Panoramik (PVM) yang telah dinaik taraf kepada jenis 3D (sebelum ini hanya 2D) dengan kamera belakang dan sensor parkir, Peninjau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik di Belakang (RCTA).

Previous post

Nilai Tambahan Trade In RM5,000 Apabila Anda Membeli Hyundai Baharu

Next post

Beli Sebuah Proton Atau Telefon Huawei Dan Berpeluang Menangi X70

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *