Berita Auto

Aksesori GearUp Untuk Perodua Ativa

Seperti yang diketahui, pelancaran model baharu Perodua tidak akan lengkap tanpa pakej aksesori GearUp. Berikut adalah aksesori-aksesori yang boleh didapati untuk crossover terbaharu Perodua yang diperkenalkan semalam iaitu Ativa.

Bermula dari bahagian luaran, Perodua menawarkan kit badan Blaze yang dijual pada harga RM2,500. Ia merangkumi kit bampar hadapan dan belakang, skirt sisi serta spoiler bumbung.

Untuk ruang dalaman pula, pelanggan boleh mendapatkan upholsteri PVC dua tona untuk tempat duduk hadapan dan belakang. Aksesori ini dijual pada harga RM800 untuk varian X dan H sahaja.

Suasana ruang kabin Ativa boleh dipertingkatkan lagi dengan scuff plate LED (RM260) dan pencahayaan lantai (RM240). Untuk aksesori-aksesori ini, pelanggan perlu mendapatkan sistem pendawaian yang dijual secara berasingan pada harga RM40.

Turut ditawarkan adalah visor pintu (RM160), karpet coil (RM140), pelindung bampar belakang (RM140), penebat hud (RM80), jaring (RM30) dan alas bagasi (RM100).

Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh mendapatkan kerusi keselamatan kanak-kanak ISOFIX (RM975), perakam video digital (RM500), pengunci nat roda (RM200) dan sistem pemantauan tekanan tayar (RM430).

Previous post

5,000 Tempahan Awal Untuk Perodua Ativa Crossover Dan Masih Meningkat

Next post

BMW M3 Dan M4 Terima 'Sentuhan Emas' Manhart

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *