Berita Auto

BMW M3 Dan M4 Terima ‘Sentuhan Emas’ Manhart

Walaupun BMW M3 dan M4 baru sahaja memasuki pasaran, syarikat talaan terkenal iaitu Manhart Performance telah pun memperlihatkan kemampuan mereka dalam menaik taraf sedan dan coupe berprestasi tinggi itu.

Menurut Manhart, hasil tangan mereka dikenali sebagai MH3 600 dan MH4 600, dan kedua-duanya merupakan varian Competition yang mempunyai 510 hp dan 650 Nm dalam versi standard. Dengan penggunaan MHtronik Powerbox dan sistem ekzos rekaan tersendiri, kuasa kedua-dua jentera tersebut mampu melonjak sehingga 620 hp dan 750 Nm.

Selain aspek kuasa, Manhart turut menawarkan naik taraf sistem suspensi dalam bentuk set gegelung lebih rendah yang dihasilkan oleh H&R. Unit yang ditampilkan ini menggunakan rim tempaan Concave One berukuran 21 inci dengan balutan tayar bersaiz 265/30 di hadapan dan 305/25 di belakang.

Pelanggan juga boleh memberikan jentera mereka penampilan yang lebih agresif menerusi komponen-komponen aerodinamik yang diperbuat daripada gentian karbon seperti bonet, splitter hadapan, spoiler serta diffuser. Perincian berwarna emas yang merupakan trademark syarikat itu turut disediakan.

Menurut Manhart, mereka kini dalam proses untuk membangunkan pakej naik taraf fasa kedua yang akan membawa prestasi M3 dan M4 ke tahap yang lebih tinggi.

Previous post

Aksesori GearUp Untuk Perodua Ativa

Next post

UMW Toyota Panggil Semula 3,923 Unit Avanza

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *