Berita Auto

UMW Toyota Panggil Semula 3,923 Unit Avanza

UMW Toyota Motor (UMWT) hari ini mengumumkan kempen panggilan semula bagi menggantikan pam bahan api Toyota Avanza. Ia merupakan kesinambungan kepada kempen yang telah dijalankan sebelum ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima daripada Toyota Motor Corporation (TMC), terdapat 3,923 unit Toyota Avanza yang dikeluarkan dari Oktober 2017 hingga Jun 2019 terlibat dalam kempen ini. Model lain yang tidak disenaraikan tidak terlibat dengan kempen panggilan semula ini.

Menurut UMWT, model yang terjejas dilengkapi dengan pam bahan api bermasalah yang mungkin akan berhenti beroperasi. Jika ini berlaku, lampu amaran dan mesej akan dipaparkan pada panel instrumen, dan kuasa enjin mungkin terjejas. Ini mungkin boleh menyebabkan kenderaan terhenti dan enjin tidak boleh dihidupkan.

UMWT akan memaklumkan pemilik yang terlibat menerusi saluran rasmi. Untuk maklumat lanjut, pemilik kenderaan yang terjejas boleh menghubungi mana-mana pusat servis Toyota bertauliah atau hubungi 1800-8-TOYOTA (869682). Penggantian adalah percuma.

Previous post

BMW M3 Dan M4 Terima 'Sentuhan Emas' Manhart

Next post

Ini Dia Kereta Formula 1 Aston Martin Sejak 61 Tahun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *