Cerita Auto

Bentley Continental GT Speed Hadir Dengan 659 PS, 900 Nm

Bentley telah memperkenalkan Continental GT Speed generasi ketiga yang dikatakan kenderaan paling dinamik dalam sejarah syarikat itu. Apa yang menjadikan model Grand Tourer ini begitu hebat?

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-31

Pertama sekali, enjin 6.0-liter twin-turbo W12-nya telah ditala bagi menghasilkan 659 PS dan 900 Nm, menunjukkan peningkatan sebanyak 24 PS berbanding Continental GT ‘biasa’. Kuasa disalurkan ke roda menerusi transmisi automatik lapan kelajuan yang dikatakan mampu menukar gear dua kali lebih pantas.

Gabungan ini membolehkan jentera mewah ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 3.6 saat (0.1 saat lebih pantas berbanding Continental GT) sebelum mencapai kelajuan maksimum 335 km/j.

Selain enjin, kebolehan dinamik model ini juga datang dari teknologi casisnya yang terdiri daripada sistem stereng empat roda, differential elektronik (eLSD) pada gandar belakang, Active All-Wheel Drive dan sistem suspensi udara dengan Bentley Dynamic Ride.

Pada kelajuan rendah, sistem stereng empat roda itu akan memutarkan tayar belakang pada arah berlawanan dengan roda hadapan bagi mendapatkan pengendalian yang lebih tajam dan responsif. Pada kelajuan tinggi pula, tayar belakang diputarkan pada arah yang sama dengan roda hadapan bagi tujuan kestabilan.

Sistem Electronic Stability Control (ESC) turut ditala bagi membolehkan pemandu menikmati lebih kebebasan mengendalikan model Speed ini sebelum ia diaktifkan bagi membetulkan sebarang kesilapan.

Selain teknologi-teknologi tersebut, Bentley turut memperkenalkan sistem brek karbon seramik yang dipadankan dengan angkup 10 piston pada bahagian hadapan dan angkup empat piston pada bahagian belakang. Ditawarkan secara opsyen, cakera ini dikatakan 33 kg lebih ringan berbanding cakera standard.

Dari segi penampilan, Continental GT Speed tampil dengan kemasan Dark Tint pada gril radiator dan bampar, di samping lencana ‘Speed’ dan logo ’12’ pada bahagian sisi. Ia memakai rim Speed berukuran 21 inci yang boleh didapati dalam warna hitam berkilat. Ruang dalaman pula dihiasi dengan upholsteri Alcantara dan kulit dengan 15 warna utama dan 11 warna sekunder untuk dipilih.

Previous post

Ducati Melaporkan Keuntungan Kukuh Dengan Aliran Tunai Yang Positif Walaupun Dengan Cabaran Tahun 2020

Next post

Insiden SUKE: LLM Arah Henti Kerja Pembinaan, Periksa Gantri Dan Rasuk

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *