Berita Auto

Insiden SUKE: LLM Arah Henti Kerja Pembinaan, Periksa Gantri Dan Rasuk

Susulan insiden di lokasi tapak pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Persiaran Alam Damai, Cheras yang meragut tiga nyawa Isnin lalu, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam satu kenyataan berkata bahawa beberapa langkah telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan orang awam semasa melalui pembinaan projek lebuhraya itu.

6.-BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-31

Antara langkah yang telah diambil adalah mengarahkan pihak kontraktor untuk memberhentikan kerja di tapak kecuali kerja-kerja menyelamat termasuk kerja penstabilan struktur.

Selain itu, pihak yang bertanggungjawab juga perlu menyediakan akses sementara untuk penghuni Kondominium Puncak Banyan yang terletak berhampiran lokasi kejadian, serta memaklumkan kepada pengguna lebuh raya berhubung pelan akses sementara di semua medium komunikasi.

Langkah terakhir adalah mengarahkan pihak SUKE untuk memeriksa semua ‘launching gantry’ dan rasuk yang telah dilancarkan di tapak pembinaan.

Langkah-langkah ini diputuskan dalam satu mesyuarat antara LLM dengan KKR, JKKP, CIDB, SUKE, Jurutera Perunding, Jurutera Perunding Bebas dan Kontraktor pada 23 Mac 2021.

Tambah LLM lagi, pihak SUKE juga telah mendapat kelulusan penutupan penuh jalan sedia ada di Taman Leng Seng (Zon 2) dan Jalan Alam Damai (Zon 3) bagi memastikan keselamatan pengguna dan orang awam terjamin.

Bagi persiaran Alam Damai (Zon 1) pula, pemaju perlu memastikan terdapat laluan alternatif terlebih dahulu sekiranya cadangan untuk menutup Persiaran Alam Damai ini dilaksanakan.

Pihak JKKP dan CIDB sedang menjalankan siasatan ke atas punca insiden dan akan mengemukakan laporan kepada pihak kerajaan.

Pembinaan projek Lebuhraya SUKE yang bermula pada 29 Ogos 2016 sehingga kini telah mencapai kemajuan sebanyak 88.8%. Lebuhraya sepanjang 24.4km itu dijadualkan siap pada akhir tahun ini.

Kredit foto: Netizen

Previous post

Bentley Continental GT Speed Hadir Dengan 659 PS, 900 Nm

Next post

Modenas Pulsar RS200 Dapat 3 Warna Baharu - RM9,990

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *