Gaya Hidup

Bilakah Pemandu Malaysia Akan Menggunakan Tong Sampah

Pemandu Perlu Lebih Prihatin Dengan Orang Lain Dengan Telefon Pintar.

Ini bukan kebiasaan menjijikkan yang baharu dengan sebilangan pemandu Malaysia. Ini adalah masalah yang berterusan di semua bandaraya kami dan juga bandar kecil. Di lampu isyarat, di tempat letak kereta, di luar rumah orang, dan bahkan di depan bangunan kerajaan, anda dapat melihat ride-hailing, taxi, kereta persendirian, dreba ride-sharing, bas sekolah dan van, lori dan drebar bas turut membuang sampah dari tingkap kereta mereka ketika mereka pakir, berhenti sebentar untuk menunggu kenderaan bergerak bahkan ketika mereka sampai ke tempat tujuan mereka (kecuali di rumah mereka sendiri)

Dirty-Driver - bezza back - 2.0

Kita nampak setiap hari, kita jijik ketika melihat mereka melakukannya, kita bahkan mahu membetulkannya, tetapi yang terbaik adalah hanya mengambil gambar dan menjadikanya sebagai contoh. Namun, tidak mudah untuk menyediakan kamera telefon pintar anda ketika mereka ‘melakukan kesalahan’ membuang topeng muka terpakai, tisu, tin minuman kosong, pembungkus plastik makanan dan juga bekas ‘makanan tau pau’ di jalan / kaki lima di luar tingkap mereka.

Gambar ini diambil tepat selepas perangai ‘menjijikkan’ ini dilakukan oleh seorang pemandu ride-hailing. Kami ke kedai runcit awal pagi, seperti biasa, untuk membeli sebuku roti dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah. Semasa kami parkir, kami melihat pemandu kereta biru ini membuang botol air kosong dari tingkapnya. Sudah ada sampah seperti yang anda lihat di atas jalan di sebelahnya. Adakah dia membuang sampah tanpa hati nurani langsung?

Kami tidak mahu menuduhkanya dengan membuta tuli tetapi ketika kami lalu di bahagian penumpangnya, kami melihat ke dalam dan nampak bahawa dia masih tengah makan dan minum. Oleh itu, kami pasti bahawa pemandu ride-hailing ini berhenti untuk sarapan pagi dan terus membuang sampah di luar bila dia selesai. Kami faham betapa susahnya beberapa pemandu bekerja, 12-16 jam sehari, tetapi ini tidak dapat diterima sama sekali.

Dirty-Driver-bezza-back-3.0

Jadi, mengapa kami tidak menegurnya? Well, dia seorang yang besar dan kami pasti dia akan mengamuk. Juga, kami dalam perjalanan untuk menghantar anak ke hari pertamanya ke sekolah.

So, kami menerbitkan artikel ini dengan satu idea dan mahukan beberapa cadangan daripada anda yang mahukan Malaysia yang bersih. Kami mahu memulakan halaman Facebook baharu. Seperti ‘‘stupid parking idiots page’’ di FB yang mendidik rakyat Malaysia untuk meletak kenderaan dengan betul (ya itu adalah proses yang perlahan dan susah), kami ingin memulakan halaman FB ‘orang bodoh yang kotor dan menjijikkan‘.

Kami mengalu-alukan sebarang cadangan daripada anda. Sila cadangkan nama yang lebih baik dan berkesan agar lebih ramai rakyat Malaysia berkongsi gambar dan video pemandu Malaysia yang jijik. Sudah tiba masanya untuk mengalakan perubahan, terutama sekali dengan Covid-19 dan keperluan kita untuk menjaga kebersihan.

Previous post

Geely-Volvo Melihat Perikatan Dengan Lynk & Co Suatu Kemenangan

Next post

7 Honda Edisi Istimewa Untuk Dimenangi Menerusi Kempen '1 Million Dreams'

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *