Promosi / Tawaran / Peraduan

7 Honda Edisi Istimewa Untuk Dimenangi Menerusi Kempen ‘1 Million Dreams’

Bagi meraikan pencapaian jualan yang ke-1 juta unit, Honda Malaysia hari ini melancarkan kempen ‘1 Million Dreams’ di mana orang ramai berpeluang untuk memenangi tujuh buah kereta Honda serta pelbagai lagi hadiah menarik.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia Toichi Ishiyama, kempen berkenaan merupakan satu inisiatif bertujuan untuk menghargai pelanggan yang telah menyokong syarikat itu selama ini.

“Sebagai tanda penghargaan, kami menghadiahkan tujuh model Edisi Khas iaitu Jazz, City, BR-V, HR-V, Civic, CR-V dan Accord. Kempen ini berlangsung dari 25 Februari hingga 24 Mac 2021, dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan untuk rakyat Malaysia,” tambah beliau.

Model-model Edisi Khas tersebut didatangkan dengan ciri-ciri unik seperti skema warna dwi-tona iaitu hitam dan putih, perincian merah pada cermin sisi, bampar, gril dan rim, serta lencana ‘1 Million Dreams’ pada bahagian fender.

Ruang kabin pula menampilkan perehat kepala dengan upholsteri kulit dengan logo ‘1 Million Dreams’ untuk tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, serta stereng yang dibalut dengan kulit dan dihiasi dengan jahitan dan penanda berwarna merah. Setiap unit model Edisi Khas juga didatangkan dengan kantung kunci kulit.

Sebagai tanda terima kasih kepada petugas barisan hadapan, Honda Malaysia akan memperuntukkan satu daripada tujuh model Edisi Khas ini kepada mereka menerusi kempen ini. Selain itu, syarikat itu juga menawarkan hadiah berupa satu juta syiling Shopee kepada 150 pemenang setiap minggu. Bukan itu sahaja, terdapat juga lima juta syiling Shopee untuk direbut sepanjang kempen ini berlangsung.

Untuk melayakkan diri, orang ramai hanya perlu mengambil bahagian dalam mana-mana enam aktiviti yang disediakan oleh Honda Malaysia untuk mendapatkan seberapa banyak penyertaan.

Peserta boleh mengumpul penyertaan dengan memuat turun dan mendaftar dengan aplikasi HondaTouch, bermain kuiz ‘1 Million Dreams’ di laman web rasmi Honda Malaysia, memandu uji kereta Honda, menempah sebuah kereta baharu Honda, servis atau baik pulih kereta Honda atau mendaftarkan sebuah kereta Honda baharu dalam tempoh kempen ini. Lebih banyak penyertaan dikumpul, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi kereta Edisi Khas tersebut.

Previous post

Bilakah Pemandu Malaysia Akan Menggunakan Tong Sampah

Next post

Land Rover Defender Kini Dengan Kuasa V8

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *