Bisnes

Perodua Terima Tempahan Fleet 1,000 Unit Bagi Perkhidmatan Ride-hailing & Ride-sharing

Perodua telah menerima tempahan 1,000 unit Bezza dan Axia, pembelian fleet pertama bagi perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

“Kami dengan sukacitanya mengumumkan bahawa sebuah syarikat perkhidmatan ride-hailing dan sebuah syarikat perkhidmatan ride-sharing yang beroperasi di Malaysia telah menempah 1,000 unit Axia dan Bezza,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, YBhg Dato’ Dr Zahari Husin.

Beliau berkata bahawa jualan fleet kepada syarikat-syarikat tersebut amat penting buat Perodua kerana ia membuka pasaran baharu buat syarikat kereta kompak itu.

“Ini merupakan tanda kepercayaan syarikat-syarikat tersebut kepada kenderaan kami yang berkualiti, selamat serta mempunyai kos operasi yang rendah,” katanya.

“Perkembangan perkhidmatan ride-hailing dan ride-sharing di Malaysia telah merevolusikan pengangkutan bagi rakyat Malaysia, dan Perodua amat berbangga menjadi sebahagian daripada usaha ini ke arah pengangkutan yang lebih cekap dan mampan untuk semua. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka,” kata Dato’ Dr Zahari.

Secara keseluruhan, lebih 300,000 Axia dan 100,000 Bezza telah dijual sejak pelancaran masing-masing pada 2014 dan 2016. Kedua-duanya merupakan Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) yang telah diperakui kerajaan dan menguasai segmen kenderaan masing-masing sejak pelancarannya.

Perodua baru-baru ini melancarkan varian baharu Bezza GXtra di Autoshow Malaysia 2018, yang diadakan pada 26-29 April di Taman Ekspo Agro Malaysia Serdang (MAEPS).

Menggantikan varian 1.0 Standard G, Bezza GXtra menawarkan spesifikasi trim setanding dengan 1.3 Premium X tanpa sebarang kenaikan harga, dengan itu memberikan lebih banyak nilai kepada pelanggan.

Perodua Bezza GXtra

Previous post

Pelumba Wanita Arab Saudi Pandu Jaguar F-Type Sempena Pemansuhan Larangan Memandu

Next post

BMW i8 Tergolek ### Di Jalan Gua Musang - Kuala Krai

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *