Sukan

Infiniti Sah Tarik Diri Dari F1

Selepas 10 tahun, Infiniti akhirnya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari sukan Formula 1. Langkah ini membolehkan jenama itu memfokuskan usaha mereka untuk menjadi pencabar utama dalam segmen premium di China dan Amerika Syarikat, di samping membangunkan trenkuasa elektrik berprestasi.

Infiniti pertama kali melibatkan diri dalam sukan perlumbaan itu pada 2011 sebagai penaja komersial Red Bull Racing sebelum menjadi penaja utama pasukan tersebut pada tahun berikutnya.

Berikutan pengenalan trenkuasa hibrid dalam Formula 1 pada 2014, Infiniti menjadi badan aktif dalam sukan itu. Pada 2016, syarikat itu dilantik sebagai rakan teknikal pasukan Renault DP World F1 Team bagi pembangunan Energy Recovery System (ERS) yang turut digunapakai dalam prototaip Project Black S.

Usahasama teknikal bersama Renault yang bertahan selama lima tahun itu boleh dikatakan sangat berhasil untuk Infiniti. Sepanjang kerjasama itu, beberapa jurutera Infiniti telah berpeluang membangunkan ERS untuk kereta lumba pasukan dan kedua-dua syarikat telah menyertai 100 perlumbaan Grand Prix, mengumpul 459 mata kejuaraan dan tiga podium.

Bukan itu sahaja, Akademi Kejuruteraan Infiniti turut mendapat manfaat dari usahasama itu dalam bentuk peluang untuk bekerja selama enam bulan bersama Infiniti dan enam bulan bersama pasukan Renault DP World F1 Team. Program pengambilan global ini menerima hampir 30,000 pendaftaran dari pelajar kejuruteraan dari 44 negara dan 133 universiti dalam tempoh lima tahun. Daripada 33 individu yang dipilih, hampir separuh berjaya mendapat pekerjaan secara tetap bersama Infiniti atau dalam bidang sukan permotoran.

Previous post

McLaren Sabre - Model Eksklusif Untuk Pasaran Amerika Syarikat

Next post

Lexus LM350 Boleh Mula Ditempah - RM1,148,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *