Berita Auto

McLaren MP4-25A Lewis Hamilton Dilelong Pada Harga RM28 Juta

Semua orang tahu yang sukan Formula 1 menelan belanja yang sangat tinggi. Sebelum ini ada laporan yang mengatakan bahawa kos yang diperlukan untuk membina sebuah kereta F1 boleh mencecah sehingga £1.8 juta untuk bahan sahaja, tidak termasuk kos pembangunan, tenaga kerja dan lain-lain. Namun, pernahkah anda terfikir berapakah nilai jualan semula untuknya?

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-51

Tidak perlu diperkatakan lagi yang ia pastinya sangat mahal, lebih-lebih lagi apabila kereta tersebut pernah memenangi perlumbaan dan dipandu oleh pelumba terkenal seperti Lewis Hamilton. Buktinya, sebuah jentera McLaren MP4-25A telah berjaya dibida pada harga £4,836,000 (RM27.9 juta) di acara lelongan RM Sotheby’s di GP Britain pada hujung minggu lalu.

McLaren MP4-25A Lewis Hamilton

Ini secara tidak langsung menjadikannya kereta F1 kedua termahal yang pernah dilelong selepas Ferrari F2001 milik Michael Schumacher yang dibeli pada harga £5,449,607 (RM31.4 juta) pada 2017, juga di acara lelongan RM Sotheby’s.

McLaren MP4-25A Lewis Hamilton

Jentera yang memakai livery krom dan merah ini pernah membantu Hamilton merangkul kemenangan di GP Turki 2010 dan tempat kedua di GP China pada tahun yang sama. Bukan itu sahaja, ia juga membolehkan pasukan Vodafone McLaren Mercedes menduduki tangga kedua dalam kejuaraan Pembina pada musim itu.

McLaren MP4-25A Lewis Hamilton

Selain itu, casis No. 01 ini juga pernah dikemudi oleh Jenson Button dalam perlumbaan terakhir musim itu di Abu Dhabi, di mana beliau melintasi garisan penamat di tempat ketiga, di belakang Hamilton dan Sebastian Vettel.

Previous post

VW USA Akan Membersarakan Passat Dan Menumpukan Perhatian Hanya Kepada SUV

Next post

Mercedes-Benz Malaysia Umum Pelantikan Dua Pengurusan Kanan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *