Berita Auto

Mercedes-Benz Malaysia Umum Pelantikan Dua Pengurusan Kanan

Mercedes-Benz Malaysia hari ini mengumumkan pelantikan Sagree Sardien sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat, menggantikan Dr. Clause Weidner yang telah memegang jawatan itu sejak 2015. Sementara itu, Edmin Naidoo pula mengambil alih tugas Jeffrey Simon sebagai Naib Presiden Perkhidmatan Pelanggan Mercedes-Benz Cars Malaysia & SEA II.

BHPetrol_Euro5-Diesel_Web-Banner_BM_GoHedGostan_650x85_FA-51

Dengan pengalaman selama lebih 20 tahun dalam bidang automotif (13 daripadanya bersama Daimler), Sardien bermula sebagai Ketua Operasi divisyen Pengurusan Flit di Afrika Selatan. Pada 2018, Sardien berpindah ke Stuttgart, Jerman, di mana beliau memegang jawatan Ketua Jualan untuk pasaran rantau luar negara iaitu Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Timur Tengah, Mesir, Turki dan Afrika Selatan.

Sagree Sardien

Beliau berkata, “Saya teruja untuk menyertai pasukan serantau Malaysia dan SEA II. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Mercedes-Benz telah berkembang dengan pesat dalam segmen automotif premium di rantau ini.”

Edmin Naidoo pula telah bersama Mercedes-Benz sejak 25 tahun lalu, dengan pengalaman dalam perkhidmatan pelanggan dan bisnes borong. Sebelum mengambil alih peranan baharu di Malaysia, Naidoo berkhidmat sebagai Pengarah Perkhidmatan Pelanggan di Mercedes-Benz Australia Pacific. Sebelum itu, beliau berkerja di Mercedes-Benz South Africa selama 15 tahun.

Edmin Naidoo

Beliau bertanggungjawab memperkenalkan papan pemuka KPI digital dan chat-bot untuk peruncit, sekaligus memacu standard transformasi digital di rantau tersebut.

“Saya teruja untuk bergabung dengan pasukan SEA untuk membina pencapaian kami dalam membentuk masa depan produk perkhidmatan yang menawarkan pelanggan kami ‘Mercedes of Service Experience’,” kata Naidoo.

Previous post

McLaren MP4-25A Lewis Hamilton Dilelong Pada Harga RM28 Juta

Next post

Geely Xingyue L Dilancarkan Secara Rasmi Di China

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *