Berita Auto

Geely Bin Rui F-Type Sport Tiada Kaitan Dengan Jaguar

Dua tahun selepas pelancarannya, Geely Bin Rui kini nampaknya mempunyai versi yang lebih sporty yang dikenali sebagai Bin Rui F-Type Sport. Seperti anda juga, kami tertanya-tanya jika penggunaan nama ‘F-Type’ itu mempunyai sebarang kaitan dengan pelantikan bekas jurureka Jaguar, Wayne Burgess sebagai ketua studio rekaan Geely UK. Apa-apa pun, ia sudah tentu akan menarik perhatian mereka di ibu pejabat Jaguar di Coventry.

Kembali kepada Bin Rui F-Type Sport. Setakat ini tidak banyak maklumat mengenai varian ini di Internet namun ia nampaknya menampilkan perubahan kosmetik semata-mata bagi mencantikkan lagi penampilan sedan segmen C ini. Sama ada objektif Geely tercapai atau tidak, terpulanglah kepada yang melihatnya.

Dari bahagian luaran, perubahan yang terdapat pada model ini boleh dilihat pada pada jeriji yang mempunyai logo ‘F’ dan kemasan berbentuk C yang sporty pada bahagian bawah bampar hadapan. Di belakang, muncung ekzos heksagon dan trim krom yang menghubungkan lampu belakang pada tailgate diberi kemasan hitam berkilat. Begitu juga dengan rim, pelindung cermin sisi dan kemasan tingkap.

Rekaan ruang dalaman dikekalkan, kecuali penggunaan trim berwarna merah pada papan pemuka, panel pintu, konsol tengah, perehat tangan dan juga tempat duduk. Bukan itu sahaja, tali pinggang keledar juga berwarna merah seperti model AMG. Di samping pedal keluli tahan karat, Bin Rui F-Type Sport nampaknya tidak cukup sporty untuk memakai nama ‘F-Type Sport’.

Namun, agak mengejutkan apabila kereta ini sebenarnya mendapat kuasa yang lebih tinggi. Enjin JLB-4G14TB 1.4-liter empat silinder turbo itu kini menghasilkan 141 hp dan 235 Nm, iaitu 10 hp dan 30 Nm lebih tinggi berbanding standard. Ia tidaklah begitu banyak namun lebih baik daripada tiada langsung, bukan? Sayangnya, model ini hanya boleh didapati dengan CVT. Agak menghairankan kerana versi 1.4-liter memang ada pilihan transmisi manual enam kelajuan ketika ia dilancarkan.

Di China, Bin Rui F-Type Sport dijual pada harga $14,039, bersamaan kira-kira RM58,679 mengikut kadar pertukaran asing semasa. Sanggupkah anda membelanjakan wang sebanyak itu untuk model ini? Atau anda lebih rela berbelanja lebih sedikit untuk sebuah Proton X50?

Previous post

Polis Jerman Terima Kereta Peronda BMW M850i?

Next post

Mercedes-Benz All-Terrain Dilancarkan Di India

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *