Bisnes

Geely Menggaji Pereka Veteran JAGUAR

Geely Auto Group baru sahaja menggaji pereka British terkemuka Wayne Burgess. Wayne Burgess akan berkerja dengan Geely Design UK yang baru ditubuhkan sebagai Ketua Reka Bentuk dan Naib Presiden, berdasarkan pusat reka bentuk baru yang terletak di Coventry, pusat industri automotif British.

BHP Infiniti Thematic_Web Banner_Gohed Gostan_BM_650x85_FA

Geely Design UK akan diperluaskan untuk merangkumi kira-kira 100 pereka dan kakitangan sokongan dalam tempoh lima tahun akan datang dan akan mempunyai perancangan untuk menyokong fungsi reka bentuk dalaman jenama portfolio Geely Auto Group. Ini termasuk Geely Auto, LYNK & CO, PROTON, Lotus, serta sokongan untuk Syarikat Kenderaan Elektrik London (LEVC).Land_Rover-Discovery_SVX-2Geely Design adalah rangkaian reka bentuk studio global yang menyokong Geely Auto Group, dengan studio di Shanghai, Gothenburg, Barcelona, California, dan Coventry. Ia mempunyai lebih daripada 900 anggota kakitangan dan rangkaiannya berada pada kedudukan yang baik untuk menyokong portfolio jenama Geely Auto Group dengan input global dan nilai estetika antarabangsa yang kuat.Land_Rover-Discovery_SVX-3Peter Horbury, Naib Presiden Eksekutif Reka Bentuk untuk Geely Auto Group, berkata: “Penambahan Geely Design UK mempamerkan komitmen Geely ke UK dan juga menunjukkan kedudukan terkemuka Britain dalam bidang kreativiti dan reka bentuk. Wayne membawa banyak pengalaman dalam reka bentuk kereta premium yang akan membantu kami mengembangkan jenama kami. ”

Wayne Burges Resume:

  • Coventry University – 1988 – 1992 Bachelor of Arts in Industrial Design and Transportation
  • LTI Carbodies – 1992 – 1995 – Senior Designer
  • Omni Design – 1995 – 1997 – Design Manager
  • Jaguar Land Rover – 1997 – 1999 – Principal Designer
  • Aston Martin Lagonda – 1999 – 2001 – Senior Design Manager
  • Jaguar Land Rover – 2001 – 2018 – Chief Designer + Design Director

Land_Rover-Discovery_SVX-4

Previous post

Jualan McLaren Global Naik 44%

Next post

Range Rover Velar SVAutobiography Dynamic Edition Diperkenalkan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *