Berita Auto

Sime Darby Auto Selection Lancar Kedai Dalam Talian

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), ramai di antara mereka yang ingin membeli kenderaan terpakai tidak lagi dapat mengunjungi pusat pengedar. Namun dengan pelancaran kedai dalam talian Sime Darby Auto Selection, pelanggan boleh memilih kereta yang sesuai untuk mereka tanpa perlu keluar dari rumah.

Kedai dalam talian tersebut mempunyai sehingga 300 buah kenderaan terpakai daripada pelbagai jenama, termasuk jenama-jenama yang tidak bernaung di bawah Sime Darby Motors seperti Perodua, Nissan, Toyota dan Honda. Setiap kereta yang diiklankan telah diperiksa secara menyeluruh bagi memastikan ia berada dalam kondisi terbaik.

Kedai tersebut menawarkan pelbagai ciri mesra pengguna yang membolehkan pelanggan membuat janji temu pemeriksaan dan penilaian, janji temu servis, tempahan sesi pandu uji serta pelbagai promosi terkini.

Selain itu, terdapat juga ciri yang dikenali sebagai Spin Car yang boleh memberikan pandangan 360 darjah untuk bahagian luaran dan dalaman kenderaan. ia membolehkan pelanggan meneroka setiap perinciaan kenderaan yang mereka minati, dari semua sudut.

Menurut Sime Darby Auto Selection, pada masa akan datang kedai dalam talian itu akan menawarkan lebih banyak ciri seperti kalkulator pinjaman dan transaksi tempahan yang membolehkan pelanggan membuat tempahan bila-bila masa tanpa perlu mengunjungi wakil pengedar.

Previous post

SSC Tuatara Kini Secara Rasmi Merupakan Kereta Produksi Paling Laju

Next post

Subaru Forester Dapat Enjin Turbocharged 1.8L Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *