Berita Auto

49 Lagi Pekerja Proton Positif COVID-19

Proton hari ini mengumumkan bahawa 49 lagi kakitangannya telah didapati positif COVID-19, berikutan kes pertama yang dilaporkan pada 14 Oktober lalu.

Dalam satu kenyataan rasmi, syarikat itu berkata bahawa semua pekerja yang terlibat adalah daripada bahagian Kejuruteraan dan kes telah dilaporkan kepada pihak berkuasa. Aktiviti pengesanan kontak sedang dijalankan dan pasukan khas COVID-19 akan memantau situasi terkini secara terperinci.

Buat masa ini, semua pekerja yang tidak perlu hadir secara fizikal di kilang Proton Shah Alam telah diarahkan untuk bekerja dari rumah. Pihak syarikat akan terus mengikuti langkah-langkah pembasmian yang disyorkan sambil mengambil tindakan yang lebih ketat untuk mengurangkan penularan wabak ini.

“Proton ingin menekankan bahawa pihak syarikat akan terus mengikuti semua garis panduan dan prosedur yang disyorkan dengan ketat. Ini telah diamalkan semenjak wabak ini menular dalam negeri. Semua pekerja yang berhadapan dengan pelanggan perlu mengikuti langkah keselamatan dan Pusat Servis Kecemerlangan (COSE) serta bilik pameran Crystal melakukan pembasmian kuman pada setiap jam.”

Proton juga sedang bekerja rapat dengan pihak berkuasa yang telah memberikan panduan kepada syarikat berkaitan dengan semua proses dan mereka juga berpuas hati dengan tindakan yang telah diambil buat masa ini.

Previous post

Adakah Proton X70 Ini Dipotong Untuk Bahagiannya Kerana Kekurangan Bekalan Alat Ganti?

Next post

Biayai Sebuah Toyota Bergantung Dengan Matlamat Kewangan Anda

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *