Aksesori / Produk / Alatan / MinyakKemalangan / Rosak / Recall

Adakah Proton X70 Ini Dipotong Untuk Bahagiannya Kerana Kekurangan Bekalan Alat Ganti?

Baru-baru ini kami dihantar gambar yang menunjukkan Proton X70 ini di belakang trak tunda. Nampaknya hampir kesemua bahagiannya telah dilucutkan. Fender depan, roda dan tayar, pintu, hud, dan hampir semua komponen powertrainnya. Jelas bahawa ini adalah model spesifikasi teratas, kerana ada bahagian (mungkin bumper depan) yang tersimpan di dalam kereta dengan sebahagiannya terkeluar melalui sunroof. Kalau diikutkan, sunroof juga boleh dikeluarkan.

Kami tertanya-tanya apa yang berlaku di sini. Tanpa roda, ini bukan caranya merawat X70 pelanggan, kerana tekanan berat keatas ekzos, skirt dan bumper belakang. Bahagian-bahagian ini boleh pecah. Nampaknya salah satu ekzos sudah pun bengkok.

Ada 2 teori, kedua-duanya berakhir dengan kesimpulan yang sama: kereta ini dipotong untuk bahagiannya. Pertama, ini berkemungkinan kereta pelanggan yang mengalami kemalangan depan yang teruk atau mengalami kerosakan akibat banjir. Syarikat insurans telah write-off X70 ini dan ianya dalam perjalanan ke gudang ‘potong kereta’, dengan enjin, transmisi dan rimnya sudah dijual.

Proton X70 SUV

Teori kedua adalah, Proton sendiri telah memutuskan untuk mengorbankan kenderaan ini untuk bahagiannya. Melihat bumper depan di dalam kereta, kemalangan depan nampaknya tidak mungkin. Kereta ini boleh jadi kereta CBU model awal dari China yang tidak dijual kepada pelanggan. Dan dengan rantaian bekalan terganggu, mungkin lebih mudah atau perlu bagi Proton untuk mengambil sebuah kereta yang belum di jual dari seorang peniaga dan menanggalkan semua bahagian alat ganti untuk menunaikan waranti kereta yang terjual dipasaran atau untuk memperbaiki kerosakan kemalangan X70 batch pertama yang dijual.

Kami pasti ini adalah masalah untuk beberapa pelanggan Proton yang terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk pembaikan dilakukan walaupun ada insuran.

Nota

Sama ada model CBU yang lama atau model CKD yang baharu agak susah untuk dipastikan. Dari tepi dan belakang, tidak ada cara yang berkesan untuk membezakan keduanya. Namun, kita tahu bahawa warna luaran merah diubah dari ‘Flame Red’ menjadi ‘Ruby Red’ pada model CKD. Sekali lagi, perbezaannya sukar dinyatakan, terutama melalui gambar kasar. Walau apa pun, hanya varian CKD dan CBU X70 yang paling mahal yang mempunyai sunroof, dimana yang ini ada.


Previous post

Audi RS Q8 Terima Sentuhan ABT

Next post

49 Lagi Pekerja Proton Positif COVID-19

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *