Berita Auto

Pekerja R&D Proton Positif COVID-19

Proton hari ini mengumumkan bahawa seorang pekerja di bahagian Penyelidikan & Pembangunan (R&D) di Shah Alam telah disahkan positif jangkitan wabak COVID-19 pada 14 Oktober 2020.

Menurut syarikat itu, pekerja ini telah dihantar ke pusat rawatan kerajaan sebaik sahaja keputusan positif itu diketahui. Dalam satu kenyataan rasmi, Proton berkata bahawa pihaknya telah telah mengikuti semua garis panduan pencegahan dari pihak kerajaan dan telah mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan kemungkinan penularan wabak ini.

Aktiviti pengesanan kontak telah dimulakan dan semua rakan sekerja telah diarahkan untuk berkuarantin di rumah masing-masing. Selain itu, pembersihan secara mendalam dan pembasmian kuman juga telah dijalankan di tempat kerja Proton.

Oleh kerana pekerja terlibat tidak menghadap para pelanggan, Proton yakin bahawa risiko penyebaran ke pihak luaran adalah rendah. Sejak permulaan pandemik ini, syarikat itu telah mengikuti semua garis panduan yang dibentang oleh pihak berkuasa.

Situasi ini akan dipantau secara terperinci sebelum keputusan untuk langkah-langkah seterusnya diambil. Keselamatan semua pekerja Proton, para pelanggan dan rakyat Malaysia akan sentiasa diutamakan.

Previous post

Pusat 3S Vespa Dibuka di Kuching

Next post

Nissan Almera Turbo Ada 10 Aksesori Yang Patut Anda Dapatkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *