Berita Auto

Vespa Primavera [RED] Kini di Malaysia

Didi Resources Sdn Bhd telah melancarkan Vespa Primavera [RED] yang dijual pada harga RM19,500. Dengan setiap pembelian model ini, $100 (RM417) akan disalurkan kepada dana global bagi membantu organisasi itu menentang HIV/AIDS.

[RED] diwujudkan pada tahun 2006 oleh Bono dan Bobby Shriver bagi menentang HIV/AIDS, tuberculosis dan malaria. Menerusi kerjasamanya dengan pelbagai jenama terkemuka dunia, organisasi itu telah berjaya mengumpul dana melebihi $500 juta (RM2 bilion).

Seperti barangan edisi [RED] lain yang pernah dikeluarkan sebelum ini, Primavera edisi khas ini didatangkan dalam warna merah termasuk pada rim dan tempat duduk yang dibalut kulit nubuck. Turut disertakan adalah lencan [RED] pada bahagian hadapan yang menandakan bahawa ia bukan model biasa-biasa.

Primavera [RED] dikuasakan oleh enjin i-Get penyejukan cecair berkapasiti 150 cc yang dilengkapi dengan teknologi suntikan elektronik. Dipadankan dengan CVT, enjin tersebut menghasilkan 12.7 hp pada 7,750 rpm dan 12.8 Nm pada 6,500 rpm.

Selain itu, model ini juga didatangkan dengan penyerap hentak boleh laras dan ABS. Apa yang menarik, setiap pembelian didatangkan dengan topi keledar [RED] yang eksklusif.

Previous post

Filem Tint Antimikrobial Kegemaran Jepun Kini Di Malaysia

Next post

Gambar BMW M3 dan M4. Suka Atau Tidak, Inilah Dia!

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *