Berita Auto

Subaru Levorg Generasi ke-2 Tampil Dengan Platform dan Enjin Baharu

Subaru Levorg generasi kedua akhirnya dilancarkan di Jepun dengan reka bentuk yang tidak ubah seperti Levorg STI Prototype yang dipertontonkan di Tokyo Motor Show 2019.

Di sebalik rekaan luarannya yang boleh dikatakan sebagai satu evolusi, Levorg dibina di atas platform Subaru Global Platform baharu yang turut dikongsikan oleh Impreza dan WRX yang akan datang.

Jika dibandingkan dengan generasi terdahulu, Levorg kini mempunyai dimensi yang lebih besar. Ini boleh dilihat menerusi ukuran panjang yang bertambah sebanyak 65 mm kepada 4,755 mm, dan ukuran jarak roda (wheelbase) 2,670 mm, iaitu 20 mm lebih panjang.

Turut bertambah adalah kapasiti ruang but iaitu dari 489 liter sebelum ini kepada 561 liter. Ia boleh diakses menerusi tailgate automatik.

Papan pemuka Levorg kini menampilkan skrin infotainmen menegak berukuran 11.6 inci, manakala pemandu pula mendapat panel instrumen digital berukuran 12.3 inci. Turut disertakan adalah cermin pandang belakang digital.

Satu lagi kemaskini yang diberikan adalah sistem bantuan pemandu EyeSight X yang merangkumi peta 3D berketepatan tinggi boleh membolehkan pemandu menggunakan ciri pemanduan autonomi Tahap 2.

Kuasa dibekalkan oleh enjin boxer 1.8-liter empat silinder baharu yang menghasilkan 177 PS dari 5,200 hingga 5,600 rpm dan 300 Nm dari 1,600 hingga 3,600 rpm.

Enjin ini dipadankan dengan transmisi Lineartronic CVT yang dikatakan mempunyai hampir 80% komponen baharu. Ia juga mempunyai nisbah yang lebih lebar untuk pemanduan yang lebih baik.

Bagi pasaran Jepun, Levorg ditawarkan dalam tiga gred iaitu GT, GT-H dan STI Sport.

Previous post

Yamaha Y15ZR GP Edition Versi 2020 Dilancarkan

Next post

Anda Kini Boleh Menempah Lexus LX 570

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *