Berita Auto

Anda Kini Boleh Menempah Lexus LX 570

Lexus Malaysia hari ini membuka tempahan untuk SUV off-road mewah iaitu LX 570 yang tampil dengan penambahbaikan yang meliputi reka bentuk dan kelengkapan keselamatan.

Untuk edisi terbaru ini, LX 570 mendapat lampu isyarat membelok baharu yang diintegrasikan ke dalam lampu utama LED, di samping jeriji ‘spindle’ dan rim berukuran 21 inci yang bergaya.

Selain itu, Lexus turut menawarkan warna baharu Terrane Khaki Mica Metallic untuk bahagian luaran dan warna Garnet, Sun Flare Brown dan Orcher untuk bahagian dalaman.

Pelanggan yang mahukan penampilan lebih agresif boleh memilih LX 570 Sport yang hadir dengan ciri-ciri tambahan seperti kemasan blok berbentuk L pada jeriji dan rim 21 inci dengan rekaan yang lebih sporty.

Di dalam, varian Sport dilengkapi dengan scuff plate eksklusif, pedal sport aluminium dan logo berlampu yang terpancar apabila pintu dibuka. Bukan itu sahaja, peredam prestasi pada gandar hadapan turut disertakan bagi mendapatkan pengendalian yang lebih stabil tanpa menjejaskan keselesaan.

LX 570 didatangkan standard dengan enam mod pemanduan, serta pelbagai ciri pemanduan off-road seperti Active Height Control (AHC), Multi-Terrain Select (MTS), Crawl Control dan Hill Start Assist (HSA).

Ciri keselamatan pula terdiri daripada sistem Lexus Safety System Plus (LSS+) yang merangkumi Pre-Collision System (PCS), Dynamic Radar Cruise Control (DRCC) dan Lane Departure Alert (LDA).

Diimport sepenuhnya oleh Lexus Malaysia, LX 570 dan LX 570 Sport masing-masing dijual pada harga bermula RM1,225,883 dan RM1,281,938.

Previous post

Subaru Levorg Generasi ke-2 Tampil Dengan Platform dan Enjin Baharu

Next post

18,000 Unit Daihatsu Taft Crossover Dijual Pada Bulan Pertama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *