Motosikal / Lain Lain Roda

BMW S 1000 XR Dilancarkan di Malaysia

BMW Motorrad Malaysia hari ini melancarkan BMW S 1000 XR baharu yang telah dipertingkatkan bagi menjadikan ia lebih ringan dan laju.

Model ini tampil dengan susun atur baharu pada rangka utama, pengapit tangki bahan api dan komponen pada tempat duduk yang menawarkan sokongan dan cengkaman lutut yang lebih baik.

Turut diperbaharui bagi mencapai tahap ergonomik yang optimum adalah bar hendal, tempat duduk dan alas kaki.

Turun 10 kg berbanding versi terdahulu, S 1000 XR mempunyai lampu LED lengkap dengan lampu membelok adaptif dan lampu nyalaan siang. Model ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Ice Grey dan Racing Red.

Kuasa dibekalkan oleh enjin empat silinder bersesaran 999 cc yang menjana 165 hp pada 11,000 rpm dan 114 Nm pada 9,250 rpm, sekaligus membolehkannya memecut sehingga 200 km/j.

Di samping klac ‘anti-hopping’ yang lebih lancar, enjin tersebut juga mempunyai ciri kawalan tork seretan enjin secara elektrik (MSR) untuk mengelakkan tayar belakang tergelincir akibat penukaran kelajuan atau penukaran ke gear rendah secara mendadak.

Motosikal kembara sport ini dilengkapi dengan empat mod tunggangan iaitu Rain, Road, Dynamic dan Dynamic Pro. Turut disertakan adalah Dynamic Traction Control (DTC), DTC Wheelie ABS Pro dan Hill Start Control Pro.

Sistem suspensi terdiri daripada lengan ayun yang lebih ringan dan topang dengan Flex Frame. Ini dibantu oleh BMW Motorrad Dynamic ESA (Electronic Suspension Adjustment) yang menawarkan tunggangan yang dinamik serta tahap keselesaan yang lebih tinggi.

Segala informasi dipaparkan menerusi skrin TFT 6.5 inci yang dapat dilihat dengan jelas walaupun dalam kondisi pencahayaan yang mencabar. Skrin Pure Ride mengandungi semua informasi yang diperlukan bagi tunggangan yang biasa di atas jalan raya, manakala skrin Core memaparkan posisi menyendeng, pembrekan dan kawalan cengkaman.

Harga runcit yang disyorkan(di atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) bagi BMW S 1000 XR adalah RM121,500.

Dengan Pelan Pembiayaan daripada BMW Group Financial Services Malaysia, motosikal ini boleh dimiliki dengan ansuranan RM1,969 setiap bulan. Pemilik juga boleh menikmati manfaat-manfaat tambahan seperti Inklusif Minyak Enjin Premium, Inklusif Servis dan Program Lanjutan Waranti oleh BMW Motorrad Malaysia.

Previous post

Hankook Tawar Rebat Tunai Bagi Pembelian Ventus Prime 3 K125

Next post

BMW R 18 Masuk Pasaran Malaysia Oktober 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *