Promosi / Tawaran / Peraduan

Hankook Tawar Rebat Tunai Bagi Pembelian Ventus Prime 3 K125

Bermula 1 Julai hingga 31 Ogos, Hankook Tires akan menawarkan rebat baucar tunai kepada pelanggan yang membeli dua atau empat unit tayar Hankook Ventus Prime 3 K125.

Promosi ini sah untuk pembelian tayar Ventus Prime 3 K125 berukuran 16 hingga 19 inci. Rebat baucar tunai bernilai sehingga RM100 akan diberikan dalam bentuk baucar beli-belah Aeon, kad hadiah Lazada atau kod e-promo Grab.

Pelanggan yang telah membuat pembelian tayar tersebut semasa tempoh promosi perlu melayari laman web http://hankooktire.space/ atau imbas kod QR yang diberikan oleh penjual untuk mendaftar maklumat peribadi.

Selepas diproses dan diluluskan, baucar tunai akan dihantar kepada pelanggan sama ada menerusi SMS atau pos.

Teknologi reka bentuk Ventus Prime 3 K125 yang menampilkan empat saluran yang lebar menawarkan prestasi, keselamatan dan keselesaan bagi pemanduan di atas permukaan kering atau basah.

Di atas jalan raya yang kering, peningkatan dalam nisbah kawasan kontak tayar dan kekerasan blok bunga memberikan prestasi pengendalian dan brek yang lebih baik.

Sementara itu, di atas permukaan yang basah pula, kompaun silika bercengkaman tinggi dan struktur reka bentuk keseluruhan memberikan tindak balas stereng yang optimum, sekaligus memastikan kestabilan dan keselamatan di jalan raya.

Previous post

Porsche Taycan RWD Yang Murah Sedikit Debut Di China

Next post

BMW S 1000 XR Dilancarkan di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *