Promosi / Tawaran / Peraduan

Beli Mercedes-Benz dan Menangi Ducati XDiavel S

NZ Wheels, wakil pengedar Mercedes-Benz di Malaysia, telah melancarkan kempen Double Celebration di mana pelanggan berpeluang untuk membawa pulang sebuah Ducati XDiavel S bernilai RM161,900 dengan pembelian sebuah model Mercedes-Benz terpilih.

Untuk menyertai, pelanggan hanya perlu membeli sebuah kereta Mercedes-Benz dari mana-mana NZ Wheels Autohaus dan isi borang penyertaan berserta bukti pembelian.

Pemenang hadiah utama akan diumumkan menerusi laman web NZ Wheels serta akaun Facebook dan Instagram syarikat itu 30 hari selepas tempoh peraduan tamat.

Selain itu, pemenang juga akan diberitahu menerusi panggilan telefon dan akan dijemput ke acara penyampaian hadiah di premis NZ Wheels.

Kempen ini akan diadakan dari 13 Julai hingga 30 September 2020. Setiap tempahan, pembelian dan penyerahan kenderaan terpiliha Mercedes-Benz dari NZ Wheels akan melayakkan peserta untuk satu penyertaan sahaja.

Previous post

Kenderaan Komersial California Akan Bertukar Elektrik Pada Tahun 2021

Next post

Subaru WRX S4 STI Sport # Khas Untuk Pasaran Jepun

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *