Berita Auto

Subaru WRX S4 STI Sport # Khas Untuk Pasaran Jepun

Subaru telah memperkenalkan WRX S4 STI Sport # (disebut ‘sharp’) yang akan ditawarkan secara eksklusif untuk pasaran Jepun. Hanya 500 unit akan dikeluarkan dan menurut laporan, kesemuanya telah pun ditempah. Kita mungkin akan menerima model ini sekiranya ada pengimport yang membawa masuk unit recon dalam masa setahun dua lagi.

Seperti yang dicadangkan oleh namanya, model edisi terhad ini hadir dengan beberapa komponen STI seperti gril berwarna Dark Grey Silica, ‘under spoiler’ pada bampar hadapan dan rim aluminium berwarna hitam berukuran 18 inci x 8 1/2J.

Untuk bahagian dalaman pula, terdapat tempat duduk Recaro dengan upholsteri ultra suede dan kulit dan jahitan kontras berwarna perak pada bahagian kerusi, roda stereng dan tombol gear.

Apa yang menarik, STI turut menaik taraf casis sedan ini dengan menggunakan ‘strut tower bar’ pada bahagian hadapan dan ‘draw stiffener’ untuk bahagian hadapan dan belakang. Turut disertakan adalah penyejuk minyak CVT, penapis udara dan sistem ekzos STI.

WRX S4 STI Sport # dikuasakan oleh enjin FA20 2.0-liter empat silinder yang menjana 296 hp dan 400 Nm. Enjin ini dipadankan dengan CVT dan sistem pacuan semua roda.

Previous post

Beli Mercedes-Benz dan Menangi Ducati XDiavel S

Next post

Pusat 3S Mitsubishi Melaka Tampil Dengan Identiti Korporat Baharu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *