Bisnes

BBS Bankrap Lagi

Anda mungkin menyangka bahawa pengeluar rim terkenal seperti BBS menikmati keuntungan yang tinggi namun realitinya tidaklah seindah yang disangka. Apatah lagi dengan wabak coronavirus yang telah menjejaskan perniagaan di seluruh dunia.

Menurut Autoevolution, BBS telah memfailkan tuntutan muflis akibat “kehilangan pembayaran yang dijanjikan yang tidak dijangka”. Apa yang dimaksudkan oleh syarikat dari Jerman itu menerusi kenyataan berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Bagaimanapun, laporan Motor Illustrated mengatakan bahawa pemfailan tersebut dibuat untuk operasinya di Jerman sahaja akibat permintaan yang semakin merosot dan pengeluarannya yang terhenti akibat COVID-19.

Langkah ini dikatakan serupa dengan pemfailan Bab 11 di Amerika Syarikat di mana ia hanya dilakukan bagi tujuan penstrukturan semula. Ini bermakna operasi akan diteruskan seperti biasa. Selain Jerman, BBS mempunyai ibu pejabat di Georgia, AS.

Ini bukanlah kali pertama BBS berdepan masalah seumpama ini. Selepas masalah bankrap kali pertama pada 2007, syarikat itu dibeli oleh Punch (ya, bekas pembekal CVT bagi Proton). Empat tahun kemudian, BBS mengalami muflis sekali lagi dan pada 2015, ia dibeli oleh NICE Holdings Co. yang berpengkalan di Korea Selatan.

Previous post

Subaru Impreza 22B STi Untuk Dijual di UK

Next post

12,732 Unit Kenderaan Volkswagen Dipanggil Semula di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *