Berita Auto

Subaru Impreza 22B STi Untuk Dijual di UK

Subaru Impreza 22B STi adalah antara model paling ‘rare’ yang pernah dihasilkan oleh pengeluar dari Jepun itu. Hanya 400 unit dibina pada 1998 bagi meraikan ulang tahun ke-40 Subaru dan kejayaannya dalam Kejohanan Rali Dunia FIA.

Disebabkan jumlah yang terhad dan statusnya sebagai lagenda JDM, harga Impreza 22B STi telah naik berganda sejak beberapa tahun dahulu. Sebagai contoh, sebuah unit jentera itu kini disenaraikan untuk dijual di United Kingdom dengan harga £295,000 (RM1.57 juta)!

Menurut laman web Appreciating Classics, unit bernombor #309 itu tidak pernah bertukar tangan sejak ia diimport masuk dari Jepun pada 1998. Ia hanya pernah dipandu beberapa kali sebelum disimpan.

Sesekali enjinnya dihidupkan bagi memastikan ia berada dalam keadaan yang baik. Bagaimanapun ia masih mempunyai perbatuan yang sangat rendah iaitu 436 km.

Bukan itu sahaja, semua komponen luaran dan dalaman adalah original dan tidak pernah ditukar. Ia masih menampilkan cat asal tetapi telah digilap bagi memastikan ia lebih menyerlah sebelum dijual.

Di dalam, getah pedal, tombol gear, stereng dan kemasan satin pada papan pemuka masih berada dalam keadaan yang baik, manakala plastik pelindung kerusi masih ada. Lebih menarik lagi, ruang kabin dikatakan masih mempunyai bau asal Impreza.

Cuma enjinnya telah diservis menggunakan alat ganti tulen termasuk cambelt, pulley, pam air, bendalir dan pelbagai lagi. Selain itu, tiada sebarang modifikasi pernah dilakukan pada jentera ini.

Previous post

Cuti-Cuti Diving Dalam Negara Yang Hebat Dengan Gaya Hebat

Next post

BBS Bankrap Lagi

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *