Berita Auto

Suzuki Swift Ini Bernadikan Evo X

Memasukkan enjin yang besar ke dalam kereta yang kecil bukanlah satu amalan yang asing dalam dunai modifikasi kereta. Malah, ia merupakan salah satu cari paling mudah dan cepat untuk mendapatkan nisbah kuasa-berat yang tinggi.

Suzuki Swift yang ditampilkan ini adalah contoh terbaik bagaimana penukaran enjin (engine swap) sepatutnya dilakukan. Disediakan oleh Dytko Sport, sebuah bengkel di Poland yang mengkhususkan dalam pembinaan jentera rali, hatchback kecil molek ini sebenarnya dilengkapi dengan komponen-komponen Mitsubishi Lancer Evolution X.

Ya, Swift ini mempunyai jiwa lagenda rali menerusi enjin turbo 4B11T bersesaran 2.0-liter empat silinder. Kuasa yang dimiliki oleh jentera ini tidak dinyatakan namun di atas kertas, enjin tersebut mampu menjana antara 276 hp di dalam model asas hingga 440 hp di dalam varian FQ 440.

Tidak banyak maklumat yang didedahkan mengenai jentera ini, namun kami menjangkakan ia dilengkapi dengan transmisi berjujukan (sequential transmission) yang dipadankan dengan sistem pacuan semua roda (AWD) Evo X. Sistem suspensi juga nampaknya telah dipertingkatkan bagi membolehkannya menggalas tugas yang berat ketika berlumba.

Selain itu, Dytko juga telah menyediakan kit badan agresif yang merangkumi skup bumbung dan spoiler belakang berkembar. Bahagian dalaman telah dikosongkan bagi memberi ruang kepada sangkar keselamatan yang diiktiraf FIA, manakala pemandu dan penunjuk arah akan duduk di atas kerusi OMP HTE-R 400.

Previous post

Subaru Forester GT Edition Dilancarkan Di Malaysia - RM177,788

Next post

Lexus LC500 2020 Dibuka Untuk Tempahan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *