Berita Auto

Lexus LC500 2020 Dibuka Untuk Tempahan

Lexus Malaysia kini membuka tempahan untuk Lexus LC500 baharu yang hadir dengan beberapa peningkatan dalam pelbagai aspek. Ia ditawarkan pada harga RM1.25 juta termasuk jaminan pengeluar selama lima tahun.

Untuk 2020, model grand tourer ini hadir dengan rim 21 inci pada bahagian belakang dan ‘lower arm’ hadapan yang diperbuat daripada aluminium. Menurut Lexus, langkah ini membantu mengurangkan berat keseluruhan sebanyak 10 kg.

Bagi mempertingkatkan aspek pengendalian, jurutera Lexus turut menggunakan peredam pada gandar belakang serta sistem kawalan Adaptive Variable Suspension (AVS).

Bukan itu sahaja, Active Cornering Assist (ACA), Variable Gear Ratio Steering (VGRS), Dynamic Rear Steering (DRS) dan Electric Power Steering (EPS) turut ditala semula bagi mendapatkan respon stereng yang lebih tepat.

LC500 kini boleh didapati dalam dua warna baharu iaitu Blazing Carnelian Contrast Layering dan Terrane Khaki Mica Metallic. Untuk ruang dalaman pula, Lexus menawarkan pilihan warna Flare Red dan Black and Orange.

Dari segi kelengkapan, model ini kini hadir dengan Android Auto dan Apple CarPlay yang boleh diakses menerusi skrin Electro Multi Vision (EMV) 10.3 inci, serta ciri Power Easy Access.

Aspek keselamatan turut diberi penambahbaikan menerusi Lexus Safety System + (LSS+) yang merangkumi Front Pre-Collision System (PCS), Automatic High Beam (AHB), Lane Keeping System (LKS) dan Dynamic Radar Cruise Control (RDCC), di samping lapan beg udara dan ciri parkir baharu di mana transmisi akan masuk ke gear P secara automatik apabila pintu kereta dibuka.

Previous post

Suzuki Swift Ini Bernadikan Evo X

Next post

Honda BR-V Dipertingkat Untuk Model 2020

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *