Bisnes

Proton Kini Mulakan Perniagaan Penjualan Kereta Pra-Daftar

Ya. Proton kini telah memasuki dunia penjualan kereta ‘pre-registered’ (pra-pendaftaran). Dimulakan beberapa tahun yang lalu oleh jenama premium Jerman dan kemudian diikuti oleh jenama kereta premium lain untuk mendapatkan lebih banyak kereta mereka di atas jalan raya, ini telah menjadi ‘jualan’ bisik-bisikan kebanyakan penjual kereta di bilik pameran premium untuk menggerakkan ‘barang’ mereka agar mereka dapat mengatasi saingan mereka. Oleh itu, perlukah anda membeli kereta bebas cukai sekarang atau lebih baik lagi, kereta pra-daftar bebas cukai seperti Persona ini? Mari kita jelaskan.

Proton sekarang menawarkan potongan RM4,800 untuk Persona mereka dan jangan lupa diskaun Cuti Cukai jualan RM700.00 semasa. Ini bererti anda mendapat diskaun berjumlah RM5,500 untuk sedan Proton yang ‘terpakai’ sedikit ini. Jadi, harga jualan akhir hanya RM45,756.71 dan ini sukar untuk diabaikan jika anda mempunyai bajet yang ketat atau mencari mesin ‘ride hailing’ untuk cari makan.

APA ITU KERETA “PRE-REGISTERED”?

Kereta pre-reg (pra-daftar) adalah sebuah kereta yang tidak pernah dimiliki atau dipandu oleh sesiapa tetapi telah didaftarkan kepada syarikat pengedar oleh pengeluar dan datang dengan nombor pendaftaran (number plate). Dan sejak itu, kereta yang didaftarkan menjadi kereta pre-reg, walaupun ia tidak pernah bergerak dari mula ia tiba tempat pengedar bahkan jika ia masih di perkarangan kilang.Ya, kereta sudah ada perbatuan dan mungkin beberapa tangan sudah menyentuhnya di dalam dan luar, tetapi kenderaan tersebut belum dipandu dan digunakan, jadi hampir seperti kereta baru.

Proton sales tax discount banner

KENAPA IANYA KERETA TERDAFTAR?

Selalunya, peniaga mendapat bayaran insentif daripada pengeluar mereka di atas margin keuntungan biasa – bayaran insentif ini biasanya diberi setelah mencapai sasaran (sales target). Kebanyakan pengeluar tidak peduli jika kereta telah dijual kepada pelanggan atau tidak. Selagi kereta telah didaftarkan, ia dianggap sebagai dijual, peniaga kemudiannya perlu membayarnya dan ia bukan lagi stok pengilang.

BAGUS KE KERETA PRE-REG INI?

Peniaga tidak boleh menjual kereta pre-reg sebagai kereta baharu, ini bermakna ia akan menjadi lebih murah untuk dibeli walaupun kereta pre-reg adalah sama seperti yang baharu. Sudah tentu, anda akan menjadi pemilik kedua pada dokumen pendaftaran dan bukan yang pertama. Anda perlu sedar bahawa kadar pembiayaan untuk kereta baharu kadang-kadang lebih rendah berbanding kereta pre-reg. Walau bagaimanapun kereta tersebut didaftarkan kurang setahun dari tarikh pembelian, sesetengah bank akan memberikan kadar yang sama seperti kereta baharu.

Apa yang anda masih dapat:

  • KADAR BUNGA KERETA BAHARU (~ 3% VS. 4%+ UNTUK KERETA TERPAKAI)
  • WARANTI 5 TAHUN
  • 3X UPAH SERVIS PERCUMA

Warna yang tersedia pada waktu siaran artikel adalah, Armor Silver, Jet Grey, Rosewood Maroon dan Snow White. Tinggal 5 unit sahaja. First come, first served. 

Previous post

Honda Jazz Dilancarkan Di China Dengan Muncung Sporty

Next post

Pemilik Alfa Romeo Malaysia Meraikan Ulang Tahun Ke-110

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *