Promosi / Tawaran / Peraduan

Pakej Servis Istimewa Untuk Pemilik Hyundai

Jika kereta anda tidak banyak bergerak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adalah lebih baik jika anda menghantarnya ke pusat servis bertauliah bagi memastikan ia berada dalam keadaan terbaik sebelum anda kembali kepada kehidupan normal.

Bagi pemilik Hyundai, Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) kini menawarkan pakej servis istimewa dengan pemeriksaan percuma untuk kereta anda.

Menurut Pengarah Urusan HSDM, Low Yuan Lung, walaupun kereta diparkir di tempat yang sama selama berminggu-minggu, terdapat kemungkinan berlakunya kebocoran dan lain-lain masalah yang mungkin tidak disedari.

“Untuk kesihatan enjin yang optimum, kami mencadangkan agar pelanggan membawa kereta pusat servis untuk memastikan semuanya berjalan lancar,” tambah beliau.

Menerusi kempen ini, pelanggan akan menerima diskaun 20 peratus untuk alat ganti tulen terpilih dan potongan 10 peratus untuk kos buruh.

Selain itu, terdapat juga hadiah percuma untuk penukaran minyak pelincir atau perbelanjaan servis melebihi RM300.

Pelanggan yang mengambil berat tentang kesihatan dan keselamatan juga boleh mendapatkan perkhidmatan pembasmian kuman KLIMA Fresh Car di semua pusat servis Hyundai bertauliah. Promosi ini sah sehingga 30 Julai 2020.

Previous post

Toyota RAV4 Serba Baharu Lancar di Malaysia

Next post

Honda Malaysia Panggil Semula 55,354 Unit Kenderaan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *